Ramadan Yang Hilang

Ramadan Yang Hilang merupakan siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Shahrulezad Mohameddin terbitan Radius One, dan bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 26 Jun 2013 hingga 6 Ogos 2013 menggantikan Epilog Cinta Khirana. Drama ini merupakan salah satu daripada enam siri drama bertemakan Ramadan yang disiarkan di TV3.[1]

Ramadan Yang Hilang
GenreDrama
Ditulis olehShahrulezad Mohameddin
Pengarah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Seperti Dia" oleh Amylea Azizan
Lagu penutup"Seperti Dia" oleh Amylea Azizan
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod18
Penerbitan
Penerbit eksekutifTini Arshad
Penerbit
  • Shahrulezad Mohameddin
  • Fazli Baharom
Penyunting
  • Harlina Abd. Ghani
  • Tasyrif Tajudin
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Radius One
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal26 Jun 2013 – 6 Ogos 2013
Kronologi
MengikutiEpilog Cinta Khirana
Diikuti olehAsmara Luna

Sinopsis

sunting

Mengisahkan konfilk antara dua beradik, Zafirah (Eira Syazira) dan Delisha (Syatilla Melvin) apabila Delisha yang juga anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima lebih perhatian dan kasih sayang. Ibu kandung Delisha, Rahimah meninggal dunia akibat asma sewaktu Delisha berumur 10 tahun. Bapa tiri Delisha, Bidin pula dipenjara kerana membunuh tanpa niat.

Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya menjadi seorang kanak-kanak yang murung. Pelajarannya jauh ketinggalan disebabkan Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam pelajaran. Jauh berbeza dengan personaliti Delisha, Zafirah seorang kanak-kanak yang periang, bijak dan bahagia dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh ibu bapanya, Zubir dan Saadiah.

Hidup Zafirah dan Delisha berubah selepas Delisha dijadikan anak angkat oleh Zubir. Zubir sering mengingatkan Zafirah supaya melayan Delisha dengan baik dan menganggapnya sebagai adik kandungnya. Namun, sikap Delisha yang berlagak seperti budak sombong menyebabkan Zafirah sukar bertolak-ansur dengannya. Zafirah sering ditegur oleh ibu bapanya jika berlaku perselisihan faham antara Delisha dan Zafirah. Lama-kelamaan, Zafirah cemburu dengan Delisha yang dilayan seperti anak emas oleh ibu bapa dan juga neneknya, Maryam. Dia mula memendam perasaan serta membesar menjadi seor ang yang pend iam dan suka menyendiri.

Selepas 10 tahun, Zafirah dan Delisha belajar di universiti yang sama tetapi jurusan yang berbeza. Zafirah mengambil jurusan perakaunan manakala Delisha mengambil jurusan pemasaran seperti kehendak Zubir yang mengharapkan anak-anaknya boleh mengambil alih syarikatnya kelak.

Mereka masih meneruskan tradisi keluarga untuk berbuka puasa bersama pada bulan Ramadan. Delisha yang pandai mengambil hati menjadi lebih rapat dengan Zubir dan Saadiah memandangkan Zafirah selalu sibuk dengan aktiviti dan majlis ilmu di universiti. Tambahan pula, kelahiran adik bongsunya, Zayyad menyebabkan keluarganya mengabaikan Zafirah secara tidak langsung.

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon pembantu

sunting

Pelakon kanak-kanak

sunting
  • Alis Mariya sebagai Zafirah kecil
  • Melly Amalin sebagai Delisha kecil

Penampilan khas

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting