Rakaman video dan audio Osama bin Laden
Terdapat beberapa rakaman video dan audio yang dikeluarkan oleh, atau kononnya dihasilkan oleh, Osama bin Laden dari tahun 2001 hingga 2011. Kebanyakan pita-pita itu dikeluarkan secara langsung (melalui pos atau utusan) ke rangkaian televisyen satelit berbahasa Arab, terutamanya Al Jazeera.
Audio dan video
sunting16 September 2001
suntingBin Laden menafikan bahawa dirinya terlibat langsung dalam serangan 11 September 2001 dengan membacakan kenyataan yang disiarkan oleh saluran satelit Al Jazeera: "Ingin saya tekankan bahawa saya tidak melakukan tindakan ini yang nampaknya dijalankan oleh pihak-pihak yang mempunyai dorongan tersendiri." Penafian ini disiarkan di seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat.[1]
7 Oktober 2001
suntingSebaik selepas tentera AS dan NATO melancarkan serangan ke atas Afghanistan, Osama bin Laden mengeluarkan pita video dengan kenyataan bahawa "Amerika telah dihentak oleh Allah di bahagian yang paling rentan, dengan memusnahkan bangunan-bangunan yang terulungnya". Bin Laden tidak mengaku bertanggungjawab atas serangan itu dalam rakaman ini.[2][3]
3 November 2001
suntingBin Laden mengeluarkan satu lagi rakaman video di mana beliau menghentam negara-negara Barat, PBB dan Israel, serta menjelaskan segala perkembangan ini sebagai perang keagamaan pada asasnya.
13 Disember 2001
suntingPada 9 November 2001, tentera AS di Jalalabad menemui satu pita video bin Laden.[4] Pada 13 Disember 2001, Jabatan Negara Amerika Syarikat mengeluarkan satu pita video yang kelihatan menunjukkan Osama bin Laden yang berbual dengan Khaled al-Harbi dan sekutu-sekutu lain di suatu tempat di Afghanistan, sebelum serangan AS mengusir rejim Taliban dari Kandahar. Jabatan Negara menyatakan bahawa pita itu diambil oleh tentera AS di Afghanistan sewaktu menyerbu sebuah rumah di Jalalabad.[5] Rakaman ini disiarkan dengan terjemahan bahasa Inggeris sekali.[6] Dalam terjemahan ini, Osama bin Laden menunjukkan bahawa dirinya tahu akan pengaturan masa serangan itu beberapa hari terdahulu.[7] terjemahan tersebut adalah untuk bin Laden:
- "kami sudah menghitung terlebih dahulu bilangan mangsa dari pihak musuh yang akan dibunuh berdasarkan kedudukan menara. Kami mendapati bahawa tiga atau empat aras akan dilanggar. Sayalah yang paling yakin daripada kami semua...Kami mendapat tahu sejak Khamis lalu bahawa peristiwa ini akan berlaku pada hari itu. Kami sudah menyiapkan kerja kami pada hari itu dan memasang radio...Muhammad (Atta) dari keluarga Mesir (iaitu kumpulan Al Qaida di Mesir) yang bertanggungjawab atas kumpulan itu...Saudara-saudara yang melakukan operasi itu, mereka hanya tahu bahawa mereka mempunyai operasi syahid dan kami meminta mereka satu demi satu untuk pergi ke Amerika tetapi mereka tidak tahu apa-apa tentang operasi itu, tidak sehuruf pun. Apapun, mereka terlatih dan kami tidak mendedahkan operasi itu kepada mereka sehingga mereka tiba di sana dan sebaik sahaja sebelum menaiki kapal terbang."[8]
Pada 20 Disember 2001, saluran TV Jerman Das Erste menyiarkan satu kupasan mengenai terjemahan pita video oleh Rumah Putih itu. Dalam rancangan "Monitor", dua penterjemah bebas dan seorang pakar kajian timur mendapati terjemahan Rumah Putih itu sebagai tidak tepat dan menipu, dengan berhujah, "Bahagian-bahagian paling penting yang cuba membuktikan kebersalahan bin Laden adalah tidak sama dengan percakapan bahasa Arab yang asal" dan kata-kata yang menandakan pengetahuan terdahulu itu tidak kedengaran langsung dalam rakaman asal. Prof. Gernot Rotter, profesor Kajian Islam dan Bahasa Arab di Institut Asia-Afrika di Universiti Hamburg berkata "Penterjemah Amerika yang mendengari pita-pita dan mentranskripsinya nampaknya telah menulis banyak perkara yang ingin didengari tetapi tidak terdapat dalam pita itu tak kira berapa kali didengari."[9]
Sesetengah ahli persatuan Scholars for 9/11 Truth percaya bahawa lelaki dalam pita video itu langsung bukan Osama bin Laden, atas sebab perbezaan berat badan dan ciri-ciri badan, di samping pemakaian cincin emas yang dilarang oleh hukum Islam, dan penulisan dengan tangan kanan walaupun bin Laden kidal.[10] Andy Laws, seorang bekas penganalisa imejan untuk Tentera Udara Diraja British, berhujah bahawa rupa bin Laden yang lebih gempal dalam pita 2001 ini berpunca daripada proses penyuntingan apabila sari kata dibubuh dan gambarnya dipenyekkan.[11]
Transkrip dan video ini terletak di http://youtube.com/watch?v=x0FVeqCX6z8
27 Disember 2001
suntingBin Laden mengeluarkan satu lagi pita video yang menyatakan bahawa "Pengganasan ke atas Amerika wajar dipuji sebagai pembalasan kepada ketidakadilan, dengan tujuan memaksa Amerika berhenti menyokong Israel yang membunuh saudara-mara kita". Dalam rakaman ini, bin Laden menyifatkan bahawa serangan AS itu menyasar umat Islam. Beliau menerangkan pesanannya sebagai imbauan peristiwa-peristiwa selepas 9/11, dan dalam kenyataan ini, beliau tidak mengakui atau menafikan tanggungjawab atas serangan 9/11.[12]
12 November 2002
suntingAl Jazeera menyiarkan satu “rakaman bin Laden” yang tidak disahkan. Pihak penguatkuasa undang-undang AS melaporkan bahawa pengucap dalam pita itu mungkin bin Laden. Ramai pakar AS yang mendengari atau memproseskan pita ituu menyokong kesimpulan itu, tetapi hasil kajian Idiap Research Institute amat meragui bahawa pengucap itu bin Laden.[13] Kajian itu membuat kesimpulan bahawa sampel rakaman bin Laden terlalu kecil untuk membolehkan penyelidik membuat kesimpulan tentang kesahan video itu.
12 Februari 2003
suntingPada 12 Februari 2003, Setiausaha Negara AS, Colin Powell memberitahu panel Senat bahawa beliau telah menerima transkrip pesanan daripada bin Laden yang mana beliau “bersekongkol dengan kerajaan Iraq” yang sepatutnya disiarkan di al Jazeera.[14] Al Jazeera mula-mulanya menafikan adanya pita tersebut,[15] tetapi kemudian menjumpainya.[16]
10 September 2003
suntingAl Jazeera menyiarkan rakaman bin Laden dan Ayman al-Zawahiri mendaki gunung bersama-sama.
29 Oktober 2004
suntingSebelum pilihan raya presiden AS pada 29 Oktober 2004, Al Jazeera mnyiarkan satu rakaman video Osama bin Laden 18 minit, yang diajukan kepada rakyat Amerika Syarikat. Menurut terjemahan bahasa Inggeris yang diedarakn oleh BBC dan lain-lain, beliau memberitahu penonton bahawa beliau sendiri mengarahkan 19 perampas,[17] dan memerikan dorongannya:
Saya akan menerangkan kepada anda sebab-sebab di sebalik peristiwa-peristiwa ini, dan saya akan memberitahu anda kebenaran tentang detik-detik keputusan ini diambil untuk anda renungkan. Allah tahu bahawa rancangan menyerang menara-menara itu di luar jangkaan kita, tetapi terlintas di fikiran saya apabila penindasan dan kezaliman perikatan Amerika-Israel ke atas sanak-saudara kita di Palestin dan Lubnan semakin keterlaluan.[18][18]
Bin Laden berkata bahawa beliau mendapat ilham untuk menghancurkan World Trade Center setelah menonton tumbangnya bangunan-bangunan di Lubnan oleh Israel semasa Perang Lubnan 1982.[19]
19 Januari 2006
suntingPada 19 Januari 2006, Al Jazeera menyiarkan satu lagi pita audio bin Laden yang sekali lagi diajukan kepada rakyat Amerika Syarikat[20] tidak lama selepas Agensi Perisikan Pusat AS menyerang Damadola dari udara di Pakistan yang dilaporkan meragut nyawa beberapa ahli al-Qaeda. Dalam pita yang mungkin dirakam sebulan lebih awal, bin Laden bercakap berdegar-degar bahawa "keadaan kami bertambah baik, tetapi keadaan kamu bertambah teruk." Ia juga mengugutkan serangan ke atas Amerika Syarikat pada masa akan datang, sambil menawarkan "perdamaian sementara yang panjang", tetapi tidak menjelaskan apa yang diperlukan dalam perdamaian sementara itu. Tawaran berdamai sementara itu ditolak oleh Rumah Putih serta-merta.[21]
23 April 2006
suntingPada 23 April 2006, Al Jazeera menyiarkan cebis-cebisan pita audio. Dalam rakaman ini bin Laden mengecam dunia Barat kerana melancarkan perang salib Zionis terhadap Islam.[22] Beliau mengulas tentang Hamas, Darfur dan keadaan di Iraq.
23 Mei 2006
suntingPada 23 Me 2006 Al Jazeera menyiarkan pita audio 5 minit daripada bin Laden yang mana beliau mengaku diri sendiri menugaskan para perampas untuk melakukan serangan 11 September 2001. Bin Laden mengulas tentang perbicaraan Zacarias Moussaoui, banduan-banduan di Teluk Guantanamo dan wartawan-wartawan yang dipenjara, Sami al-Hajj dan Tayssir Alouni, dengan menafikan bahawa mana-mana mereka (selain beberapa banduan Teluk Guantanamo) ada sebarang kaitan dengan Al-Qaeda.[23]
Bin Laden memberitahu penonton bahawa Zacarias Moussaoui "tiada kaitan langsung dengan 11 September. Sayalah yang bertanggungjawab atas 19 saudara itu dan saya tidak pernah menugaskan saudara Zacarias untuk menyertai mereka dalam misi itu. Saya pasti akan apa yang saya katakan kerana saya bertanggungjawab memberikan kepercayaan kepada 19 saudara … dengan serangan itu."[24]
30 Jun 2006
suntingPada 30 Jun 2006, sebuah tapak web Islamis mengeposkan rakaman yang mana bin Laden memuji Abu Musab al-Zarqawi sebagai "singa Jihad". Video 19 minit itu menunjukkan satu gambar pegun bin Laden berdekatan video yang meraikan al-Zarqawi. Pihak AS berkata, pita ini asli.[25]
14 Julai 2007
suntingPada 14 Julai 2007, beberapa hari selepas Lal Masjid dikepung oleh kerajaan Pakistan, dan selepas satu video yang dikeluarkan oleh Ayman al-Zawarihhi, bin Laden mengeluarkan satu lagi pita yang tidak lebih seminit panjangnya dalam satu tapak web militan. Beliau dipaparkan dengan wajah yang keletihan. BBC News melaporkan bahawa video itu "tiada tarikhnya dan ... rakamannya mungkin diulang tayang. Keasliannya juga tidak dapat disahkan secara bebas.”[26]
11 September 2007
suntingPada 11 September 2007, timbulnya video yang kononnya terakam eulogi oleh Osama bin Laden kepada seorang perampas 9/11, Waleed al-Shehri. Dalam video tersebut, suara yang dikenal pasti sebagai bin Laden menyampaikan pengenalan 14 minit. Suara itu kedengaran bersama gambar pegun bin Laden. 33 minit yang berikutnya pula merupakan pembacaan wasiat al-Shehri.[27]
September 20, 2007
suntingPada 20 September 2007, keluarnya satu pita audio dengan suara bin Laden, yang mana beliau menyeru rakyat Pakistan supaya menggulingkan Presiden Pervez Musharraf, dengan menjanjikan apa yang digelarnya sebagai pembalasan atas serbuan Lal Masjid di Islamabad pada Julai.[28][29]
29 November 2007
suntingPada 29 November 2007, keluarnya satu pita audio yang kononnya datang dari bin Laden menyeru negara-negara Eropah agar menamatkan pelibatan tentera mereka di Afghanistan.[30][31][32]
29 Disember 2007
suntingDalam satu rakaman audio, bin Laden menegah kaum Arab Sunnah di Iraq daripada melawan al-Qaeda dan berikrar untuk meluaskan perjuangan jihad al-Qaeda ke Israel, dengan ugutan "darah untuk darah, binasa untuk binasa."[33]
19 Mac 2008
suntingPada 19 Mac 2008, satu pita audio yang kononnya dari bin Laden "mengugut" Kesatuan Eropah atas pencetakan kartun yang menyinggung perasaan umat Islam.[34][35]
Tajuk pesanan ini ialah "Semoga Bonda-Bonda kita meratapi pemergian kita seandainya kita gagal membantu Rasul kita."[36]
20 Mac 2008
suntingPada 20 Mac 2008, keluarnya satu lagi rakaman audio yang kononnya daripada bin Laden menyeru militan Palestin supaya menyertai pemberontakan di Iraq.[37][38]
16 Mei 2008
suntingPada 16 Mei 2008, keluarnya satu pita audio yang kononnya daripada bin Laden kepada warga negara barat: "Sebab-sebab perjuangan pada masa ulang tahun ke-60 penubuhan negara penjajah Israel"[39][40][41] Pesanan ini panjangnya 22 minit, 41 saat, dan menyentuh ulang tahun ke-60 penubuhan negara Israel.
18 Mei 2008
suntingPada 18 Mei 2008, keluarnya satu pita audio yang kononnya daripada bin Laden yang bertajuk “Kenyataan yang amat tegas kepada bangsa dan umat Islam”.[42][43][44]
14 Januari 2009
suntingPada 14 Januari 2009, satu rakaman audio baru yang kononnya daripada bin Laden dan disiarkan di tapak web Islamis menyeru demi jihad baru terhadap serangan Israel terhadap Gaza serta mengulas bahawa krisis kewangan sedunia telah mendedahkan pengaruh Amerika Syarikat yang semakin luntur dalam hal-ehwal dunia dan akan menjejaskan sekutunya, Israel. Rakaman ini disertakan oleh foto Bin Laden yang tertindan atas Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.[45][46][47]
3 Jun 2009
suntingMenurut rakaman yang disiarkan oleh al Jazeera pada 3 Jun, bin Laden mengeluarkan kenyataan terhadap Presiden AS, Barack Obama.[48]
13 September 2009
suntingPada 13 September 2009, satu rakaman audio baru yang kononnya daripada bin Laden disiarkan pada satu tapak web Islamis.[49]
(Untuk transkripnya, rujuk Bin Laden Statement (13 September 2009).)
25 September 2009
suntingPada 25 September pada sebuah tapak web jihad, seorang ahli forum menampal pautan-pautan untuk memuat turun kenyataan audio daripada bin Laden. Kenyataan yang bertajuk "Pesanan dari Shaykh Osama Bin Ladin kepada seluruh Warga Eropah," panjangnya 4 minit, 47 saat, dan berbahasa Arab dengan terjemahan bahasa Jerman dan Inggeris dalam video yang memaparkan foto pegun bin Laden. [50][51]
(Untuk transkripnya, rujuk Bin Laden Statement (25 September 2009))
1 Oktober 2010
suntingPita audio baru yang dipercayai mengandungi suara bin Laden muncul di Internet dan menyentuh kejadian banjir di Pakistan. Pita 11 minit yang diposkan di tapak web militan itu tertumpu pada usaha membantu mangsa dan apa yang boleh dilakukan untuk mencegah bencana alam pada masa depan. Dalam rakaman tersebut, bin Laden dilaporkan menggesa perubahan dalam cara kerajaan melaksanakan usaha bantuan serta menyeru pembentukan kumpulan amal untuk mengkaji kawasan petempatan Muslim yang terletak dekat sungai dan kawasan rendah. Beliau juga menggesa agar pelaburan kepada pertanian dipertingkat. SITE Intelligence Group yang memantau forum penggans, berkata bahawa pesanan ini didengari dalam satu video yang menampilkan gambar foto bin Laden yang tertindan atas gambar-gambar kerja pengedaran bantuan.[52]
2 Oktober 2010
suntingAudio ucapan susulan yang dipercayai berasal daripada Osama bin Laden tersiar di Internet, berjudul "Bantulah Saudara-Saudaramu di Pakistan" yang mana beliau meluahkan perasaan bahawa gerak balas pemimpin Arab dan Muslim kepada rakyat Pakistan yang terjejas oleh banjir “tidak setanding dengan keterukan bencana” dan ramai orang yang terjejas akibat perubahan iklim daripada peperangan. Keaslian pita itu belum disahkan secara bebas.[53]
21 Januari 2011
suntingPada 21 Januari 2011, Osama bin Laden berkata, pembebasan tebusan Perancis bergantung pada pengunduran tentera Perancis di Afghanistan serta mengingatkan Paris akan "padahnya" kerana dasar-dasarnya, dalam pita yang disiarkan pada hari Jumaat. "Kami mengulangi pesanan yang sama kepada kamu: Penyerahan tahanan-tahanan kamu kepada saudara-mara kami berhubungan dengan pengunduran askar-askar kamu dari negara kami," mengikut kata-kata pengucap dalam audio yang disiarkan di saluran Al Jazeera.[54] Inilah rakaman terakhir yang dikeluarkan oleh Bin Laden sebelum kematiannya disahkan pada 2 Mei 2011.
19 Mei 2011
suntingSatu rakaman yang dipercayai datangnya dari Osama bin Laden tidak lama sebelum kematiannya dikeluarkan oleh al-Qaeda. Dalam rakaman itu, arwah memuji pemberontakan di Tunisia dan Mesir, serta menyebut tentang "peluang bersejarah yang luar biasa" untuk kebangkitan umat Islam. Pesanan audio 12 minit itu disiarkan dalam video yang diposkan dalam tapak-tapak web Islam dan diterjemahkan oleh SITE intelligence. [55]
Rujukan
sunting- ^ "Pakistan to Demand Taliban Give Up Bin Laden as Iran Seals Afghan Border". Fox News Channel. September 16, 2001. Retrieved May 20, 2008.
- ^ "American Wrath Unleashed on Afghanistan". Agence France Presse. CommonDreams.org. October 7, 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-18. Dicapai pada 2010-07-18.
- ^ "Bin Laden's warning: full text". BBC News. October 7, 2001. Dicapai pada 2010-07-18.
- ^ [1] PBS
- ^ "U.S. releases video tape of Osama bin Laden". 2001-12-13. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-06-25. Dicapai pada 2006-07-04.
- ^ [2] Defenselink
- ^ "BBC: Tape 'proves bin Laden's guilt'". London: BBC News. 2001-12-14. Dicapai pada 2010-03-23.
- ^ "transcript of Osama bin Laden video tape" (PDF). 2001-12-13. Dicapai pada 2006-07-04.
- ^ "Bin-Laden-Video: Falschübersetzung als Beweismittel? WDR, Das Erste, MONITOR Nr. 485 am 20 Disember 2001
- ^ Looking Glass News. "Osama Tape Appears Fake, Experts Conclude". Looking Glass News. Dicapai pada 2010-03-23.
- ^ Rudin, Mike (January 9, 2010). "Is Osama Bin Laden dead or alive?". London: BBC. Dicapai pada 2010-01-11.
- ^ "Terrorism Against America Deserves To Be Praised". Outlookindia.com. December 27, 2001. Dicapai pada 2010-07-18.
- ^ "IDIAP analysis of the latest bin Laden tape" (PDF). IDIAP Research Institute. 2002. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2003-04-04. Dicapai pada 2009-12-06. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan) - ^ [3] CNN
- ^ [4] Information Clearinghouse
- ^ [5] Information Clearinghouse
- ^ "Al-Jazeera: Bin Laden tape obtained in Pakistan". MSNBC. 2004-10-30. Dicapai pada 2006-09-07. -
- ^ a b "Excerpts: Bin Laden video". London: BBC News. 2004-10-29. Dicapai pada 2006-11-02.
- ^ Excerpts: Bin Laden video. BBC Online/
- ^ [6] NT Times. Pautan ini memerlukan log masuk.
- ^ Fattah, Hassan M. (2006-01-19). "Bin Laden Re-emerges, Warning U.S. While Offering 'Truce'". The New York Times. Dicapai pada 2006-01-19. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ [7] CNN
- ^ "CNN May 23rd 2006". Edition.cnn.com. Dicapai pada 2010-03-23.
- ^ [8] Diarkibkan 2020-05-11 di Wayback Machine Newsday
- ^ "New Bin Laden message is released". Middle East News. London: BBC. 2006-06-30. Dicapai pada 2006-07-01.
- ^ "World | Middle East | Bin Laden message in website film". London: BBC News. 2007-07-15. Dicapai pada 2010-03-23.
- ^ Nasr, Octavia (2007-09-11). "New bin Laden video surfaces". CNN. Dicapai pada 2007-09-12.
- ^ "World | South Asia | Bin Laden urges Pakistan holy war". London: BBC News. 2007-09-20. Dicapai pada 2010-03-23.
- ^ Haroon Siddique and agencies (2007-09-20). "Bin Laden urges uprising against Musharraf | World news". London: guardian.co.uk. Dicapai pada 2010-03-23.
- ^ "World | South Asia | 'Bin Laden message' to Europeans". London: BBC News. 2007-11-29. Dicapai pada 2010-03-23.
- ^ "Purported bin Laden message to Europe: Leave Afghanistan - CNN.com". Edition.cnn.com. 2007-11-29. Dicapai pada 2010-03-23.
- ^ http://nefafoundation.org/miscellaneous/nefabinladen1107.pdf
- ^ "Player - New Bin Laden message". London: BBC News. 2007-12-29. Dicapai pada 2010-03-23.
- ^ "World | Europe | New 'Bin Laden tape' threatens EU". London: BBC News. 2008-03-20. Dicapai pada 2010-03-23.
- ^ "Transcript". Cfr.org. 2008-03-19. Dicapai pada 2010-03-23.
- ^ Transkrip NEFA Foundation
- ^ "World | Europe | 'Bin Laden' in Palestinian call". London: BBC News. 2008-03-21. Dicapai pada 2010-03-23.
- ^ "transcript" (PDF). Dicapai pada 2010-03-23.
- ^ "World | Europe | 'Bin Laden' call targets Israel". London: BBC News. 2008-05-16. Dicapai pada 2010-03-23.
- ^ "transcript". Forums.islamicawakening.com. Dicapai pada 2010-03-23.
- ^ diiklankan di forum ini dan ini
- ^ "Reuters". In.reuters.com. 2008-05-18. Dicapai pada 2010-03-23.
- ^ "Associated Press". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-30. Dicapai pada 2011-08-10.
- ^ (AFP) – May 18, 2008 (2008-05-18). "AFP". Afp.google.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-29. Dicapai pada 2010-03-23.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ "TIMELINE: Recent Bin Laden messages". Reuters.com. 2009-01-14. Dicapai pada 2010-03-23.
- ^ bin Laden calls for new jihad over Israeli offensive in Gaza[pautan mati]
- ^ Farmer, Ben (2009-01-14). "Osama bin Laden tape calls for jihad against Israel". London: Telegraph.co.uk. Dicapai pada 2010-03-23.
- ^ MacLean, William (2009-06-03). "Double blast against Obama shows strain on Qaeda | Reuters". Dicapai pada 2009-06-03.
- ^ "South Asia | 'Bin Laden' tape harangues Obama". London: BBC News. 2009-09-14. Dicapai pada 2010-03-23.
- ^ "Informed Comment: Bin Laden Message to Europe: Withdraw from Afghanistan". Juancole.com. 2009-09-26. Dicapai pada 2010-03-23.
- ^ Peake, Alex (2009-12-07). "Al-Qaeda chief Osama Bin Laden flees to Afghanistan | The Sun |News|Campaigns|Our Boys". London: The Sun. Dicapai pada 2010-03-23.
- ^ "Alleged Bin Laden Tape Hits Internet". VOANews.
- ^ http://www.cbsnews.com/stories/2010/10/02/ap/middleeast/main6920613.shtml. Missing or empty
|title=
(bantuan) [pautan mati] - ^ Wissam Keyrouz. "Bin Laden links French hostages' fate to Afghan pullout". Google. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-26. Dicapai pada 2011-08-10.
- ^ "Osama Bin Laden: Al-Qaeda releases posthumous message". BBC News. May 19, 2011.
Pautan luar
sunting- Semua terbitan video al-Qaeda / As-Sahab
- Terjemahan Strategik Bin Laden, Zarqawi, dan pengganas-pengganas lain oleh Laura Mansfield