Rajmah Hussain
Datuk Dr Rajmah Hussain merupakan diplomat veteran dari Malaysia. Beliau adalah duta wanita pertama Malaysia ke Amerika Syarikat.
Kerjaya diplomat
suntingBeliau berkhidmat dengan Kementerian Luar sejak 32 tahun lalu. Sebagai diplomat, beliau perlu belajar kemahiran pengucapan awam dan penulisan selain mewujudkan jaringan, semuanya sebahagian daripada tugas diplomasi. Antaranya ialah roll call, proses pengundian, lobi dan etiket sosial di PBB.
GMUN
suntingBeliau ditugaskan memberi tunjuk ajar tentang tugasan diplomat kepada belia dalam Persidangan Model Global Bangsa Bersatu 2010 (GMUN). Ia adalah sebahagian latihan simulasi persidangan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA).
Karya
suntingBuku tulisan beliau dalam bahasa Inggeris bertajuk Malaysia at the United Nations - A Study of Foreign Policy Priorities, 1957-1987.[1]