Raja Chulan ibni Sultan Abdullah Muhammad Shah II

(Dilencongkan daripada Raja Chulan)

Raja Hajji Sir Chullan ibni Almarhum Sultan Hajji Sir Abdullah Muhammad Shah II Habibullah (1 Julai 1869 - 10 April 1933) merupakan seorang kerabat diraja negeri Perak (bukan penulis buku Misa Melayu).

Raja Chulan
Raja Di-Hilir Perak
Raja Chulan (kiri) pada 1920
Raja Di-Hilir Perak Ke 25
Pemerintahan1919 - 1933
Kemahkotaan1 Disember 1920
Didahului olehRaja Yussuff Izzuddin Shah I ibni Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Muhtaram Shah
Diikuti olehRaja Idris ibni Sultan Alang Iskandar Shah II
KeputeraanRaja Chulan ibni Raja Abdullah
(1869-07-01)1 Julai 1869
Tanjung Berambang, Mukim, Daerah, Perak
Kemangkatan10 April 1933(1933-04-10) (umur 63)
Rumah Kelsumah, Kuala Kangsar, Perak
Pemakaman-
Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak
PasanganRaja Puan Muda Perak Raja Hajjah Puteh Kalsum binti Sultan Hajji Sir Idris Murshiddul ad-Azzham Shah Rahmatu’llah (k,18 Disember 1899)
Anakanda
  • Raja Zainal Azman Shah (Raja Kecil Bongsu Perak)
  • Raja Zania Asnunnz Shah
  • Raja Kimas
  • Raja Hajjah Mahtra
  • Tengku Puan Besar Indera Raja Amina, (Tengku Puan Besar Deli)
  • Raja Mimi
  • Raja Zan
  • Raja Amriah
Nama penuh
Raja Chulan ibni Amarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah Habibullah
KerabatKerabat Diraja Perak
AyahandaSultan Abdullah Muhammad Shah II Habibullah
BondaRaja Perempuan Ampuan Besar Raja Tipah binti Sultan Shahabuddin Riayat Shah Saifullah
AgamaIslam
Pekerjaan-
TandatanganTandatangan Raja Chulan

Biografi ringkas

sunting

Dilahirkan di Tanjung Brambang, Raja Chulan merupakan anakanda kedua Almarhum Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II Habibullah yang dibuang negeri ke Pulau Seychelles bersama isterinya, Raja Perempuan Ampuan Besar Raja Tipah binti Almarhum Paduka Seri Sultan Shahabuddin Riayat Shah Saifullah. Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Tinggi Melaka, dan kemudiannya di Institusi Raffles, Singapura.

Pada tahun 1896, Raja Chulan dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah Selama sehingga tahun 1897. Baginda merupakan tokoh yang bertanggungjawab untuk membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada negeri Selangor, negeri Perak, Pahang dan Negeri Sembilan pada 1 Julai 1896. Pada tahun 1911, Raja Chulan bersara daripada perkhidmatan awam selepas menyandang beberapa jawatan pentadbiran yang agak penting.

Pada 1 Disember 1920, Raja Chulan dilantik sebagai Raja Di-Hilir Perak yang merupakan tempat ketiga dalam pewarisan takhta Kesultanan Perak. Empat tahun kemudian, pada tahun 1924, baginda dilantik sebagai orang Melayu tak rasmi yang pertama dalam Majlis Persekutuan. Baginda memainkan peranan yang utama dalam perbincangan-perbincangan Majlis untuk memperdebatkan dengan bersungguh-sungguh terhadap kepentingan orang Melayu, dan menyokong cadang-cadangan untuk membahagikan semula kuasa pentadbiran yang kemudian itu dipusatkan di Kuala Lumpur kepada negeri-negeri persekutuan.

Raja Chulan berkahwin dengan Raja Kecil Puteh Kalsum, anak perempuan Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatullah. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki Raja Zainal Azman Shah, dan 4 orang anak perempuan.

Penghormatan

sunting

Bagi menghargai jasa Raja Chulan, nama baginda telah diabadikan antara lain, seperti berikut:

Keturunan

sunting

Rujukan

sunting

Bibliografi

sunting

Pautan luar

sunting