Rahmat Erwin Abdullah

Rahmat Erwin Abdullah (lahir 13 Oktober 2000) ialah atlet angkat berat Indonesia. Beliau memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik 2020 dalam acara 73 kg dan pingat emas di Kejohanan Dunia 2021.[1]Beliau bersaing dalam kelas 73 kg sejak Kejohanan Dunia 2018 di Ashgabat, Turkmenistan.

Rahmat Erwin Abdullah
Maklumat peribadi
Lahir (2000-10-13) 13 Oktober 2000 (umur 24)
Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia
Ketinggian173 cm (5 ka 8 in)
Berat badan72 kg (159 lb)
Sukan
NegaraIndonesia
SukanAngkat berat
Acara73 kg

Biografi

sunting

Rahmat merupakan anak tunggal kepada bekas atlet angkat berat Erwin Abdullah dan Ami Asun Budiono. Erwin, pemenang pingat perak di Sukan Asia 2002 dan Ami, pemenang pingat emas di Sukan Asia Tenggara 1995.

Kerjaya

sunting

Pada Kejohanan Remaja Asia 2019 yang berlangsung di Pyongyang, Korea Utara, beliau menyertai kategori 73 kg, beliau memenangi pingat emas pertamanya. Pada masa itu, beliau berjaya mengangkat 147 kg dalam acara snatch dan 179 kg dalam kategori clean and jerk, dengan keseluruhan 326 kg dan menduduki tempat pertama di atas atlet angkat Korea Utara, Ko Myong-ho.[2]

Selepas pertandingan itu, beliau menyertai Sukan Asia Tenggara 2019 yang diadakan di Filipina. Pada masa itu beliau memenangi pingat emas kedua dalam pertandingan antarabangsa selepas menewaskan atlet angkat Vietnam, Phạm Tuấn Anh dengan jumlah angkat 322 kg manakala angkat angkat Vietnam dengan 304 kg.[3]

Bukan itu sahaja, ketika memulakan pertandingan antarabangsa pertama pada 2020 di Kejohanan Remaja Asia 2020 yang diadakan di Tashkent, Uzbekistan, beliau memenangi pingat emas ketiga untuk pertandingan antarabangsanya selepas menewaskan atlet angkat Iran, Mir Mostafa Javadi.[4]

Beliau layak mewakili Indonesia di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun dan memenangi pingat gangsa.

Rujukan

sunting
  1. ^ Oliver, Brian (10 December 2021). "Weightlifter Calja agonisingly close to becoming Albania's first world champion in any sport". Inside the Games. Dicapai pada 4 September 2022.
  2. ^ Febrianto, Luthfie (24 Oktober 2019). "Atlet Indonesia Pecahkan 14 Rekor Angkat Besi di Kejuaraan Junior Asia" [Indonesian Athletes Break 14 Weightlifting Records at the Asian Junior Championships]. Bola (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 7 September 2022.
  3. ^ Diah, Femi (4 Disember 2019). "Rahmat Erwin Persembahkan Emas ke-15 di SEA Games" [Rahmat Erwin Presents 15th Gold at SEA Games]. Detik (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 7 September 2022.
  4. ^ "Rizky dan Rahmat Pecahkan Rekor di Kejuaraan Angkat Besi Junior Asia 2020" [Rizky and Rahmat break the 2020 Asian Junior Weightlifting Championships records] (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 7 September 2022.