Radio Televisyen Malaysia Kajang

Pemancar Radio Televisyen Malaysia cawangan Kajang terletak di jalan Cheras-Kajang, kira-kira 500 meter dari bandar Kajang. Bangunan RTM ini terletak bersebelahan dengan Stadium Kajang dan menara pemancar terletak bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah Kajang. Di hadapannya terletak Pasar raya Tesco dan Taman Saujana Impian.

Pada 29 April 1967, Sultan Selangor telah merasmikan stesen pemancar Seberang Laut RTM yang baru di Kajang, Selangor. Terdapat 4 aerial tinggi sehinggi bangunan 5 tingkat yang dipancarkan ke arah Malaysia Timur, China, ke arah India dan satu lagi boleh diubah ke mana-mana arah.[1]

Rujukan

sunting