Raden Zaharatul Maisarah Afzzal Reehan (lahir 9 April 1999) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai pelakon tambahan, beliau mendapat kejayaan komersial dengan menjadi salah seorang peserta rancangan Fit for Action di TV3 dan merangkul gelaran juara bagi kategori wanita.[1][2]

Raden Zaharatul
Kelahiran
Raden Zaharatul Maisarah binti Afzzal Reehan

(1999-04-09) 9 April 1999 (umur 25)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2018–kini

Kerjaya

sunting

Raden Zaharatul memulakan kerjaya lakonan dengan melakonkan watak tambahan dalam filem Busker (2018) arahan Syed Khairul Fariz lakonan Daiyan Trisha, Hafeez Mikail, Anas Ridzuan dan Lia Natalia.[3] Namun beliau meninggalkan kerjaya lakonan untuk seketika kerana mahu memberi tumpuan kepada pelajarannya.

Beliau menyertai rancangan realiti TV3 Fit for Action bersama 11 peserta lain. Beliau dinobatkan sebagai juara bagi kategori wanita, manakala Muaz Zabir menjadi juara bagi kategori lelaki.[4][5]

Selepas tamat rancangan itu, Raden kembali bergiat aktif dalam bidang lakonan dan membintangi beberapa drama TV termasuk Mencari Kiblat Cinta, Inspektor Babyface dan Hawt Fellas.

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan Pengarah
2018 Busker Dirinya sendiri Filem pertama; pelakon tambahan Syed Fariz
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan Pengarah
2021 Mencari Kiblat Cinta Liyana TV Okey Drama Okey Jo Yusof
2022–2023 Kerana Cinta Itu Ada Dayyan TV3 Slot Akasia Azri Izhar
2023 Pemburu Rahsia Bella Slot Samarinda Feroz Kader
Inspektor Babyface Pika TV2 Slot Drama On 2 Liza Ismail
2024 Hawt Fellas Flora TV3 Slot Lestary Eoon Shuhaini
Helo, Saya Anak Uncle! Mira Drama mini Idora Abdul Rahman

Web Drama

sunting
Tahun Tajuk Watak Rangkaian Pengarah
2024 Kuih Muah Ruhana Tonton Joon Goh

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Pengarah
2024 Hentian Gerik Hana Astro Warna Aziz M. Osman

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2022 Fit for Action TV3 Peserta; juara

Rujukan

sunting
  1. ^ Norhayati Nordin (4 November 2022). "'Seksi saya masih ada 'limit' - Raden Zaharatul". Harian Metro. Dicapai pada 7 Januari 2023.
  2. ^ Norhayati Nordin (23 November 2022). "Raden cuba elak kontroversi, gosip". Harian Metro. Dicapai pada 7 Januari 2023.
  3. ^ Hasif Idris (13 November 2022). "Raden kagumi Bront Palarae". Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 Januari 2023.
  4. ^ Amirul Asraf (9 Oktober 2022). "Muaz Zabir & Raden Rangkul Gelaran Juara Fit For Action". Oh Bulan!. Dicapai pada 6 Januari 2023.
  5. ^ Norhayati Nordin (3 Januari 2023). "Ruang seni Muaz, Raden". Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2023.

Pautan luar

sunting