Rat na
Rat na (Bahasa Thai: ราดหน้า , disebut [râːt nâː], juga ditulis sebagai rad na) adalah hidangan mi Thai-Cina.[1] Di Thailand, nama hidangan ini sering ditranskripsikan sebagai lat na, lad na atau lard na kerana penggantian /r/ menjadi /l/.[2]
Rat na | |
---|---|
Jenis | Mi beras |
Tempat asal | Thailand |
Bahan utama | Shahe fen, daging (ayam, lembu, babi) atau makanan laut atau tauhu, sos (stok, kanji ubi kayu atau tepung jagung), kicap atau sos ikan |
sunting · sunting di Wikidata |
Ia dibuat dengan gorengan kilas mi beras lebar, sejenis daging seperti ayam, daging lembu, daging babi, makanan laut atau tauhu, dan/atau bawang putih, cendawan jerami dan kai-lan. Hidangan ini kemudian ditutup dalam sos yang diperbuat daripada stok dan kanji ubi kayu atau tepung jagung. Ia diperisakan dengan sos soya manis, sos ikan, gula dan lada hitam. Di Thailand, orang sering menabur sedikit gula tambahan, sos ikan, hirisan jeruk cili yang diawet dalam cuka (dengan cukanya sekali) dan kisaran cili kering pada hidangan.
Terdapat variasi, termasuk menggunakan bihun bukannya mi lebar, dan menggunakan mi telur nipis goreng celur (mee grob), dengan sos dituang di atas untuk melembutkannya.[3]
Di kawasan-kawasan di mana kai-lan tidak mudah diperolehi, brokoli dan kangkung sering digunakan sebagai ganti.[4]
Sejarah
suntingRat na pada asalnya dimasak di China. Ia telah dimasak dan dijual di restoran sahaja untuk rakyat peringkat tinggi tetapi kemudian Rat na menjadi amat popular disebabkan rasanya dan kemudian kaum Teochew memasak dan menjual untuk orang biasa dan ia menjadi lebih popular dan disebar ke Thailand.
Rat na asli di Thailand adalah menambah sedikit sos dan mereka menggunakan daun pisang untuk menutupinya dan mi adalah mi lemak yang berbentuk bulatan besar dan dibiarkan orang yang memakannya memotongnya sendiri.
Lihat juga
sunting- Lard na - hidangan Laos serupa
Rujukan
sunting- ^ http://rasamalaysia.com/rad-na-recipe/
- ^ http://importfood.com/recipes/twidenoodleinthick.html
- ^ http://www.foodspotting.com/places/107859-kaeng-empire-%E0%B9%80%E0%B8%84%E0%B8%B5%E0%B8%A2%E0%B8%87-%E0%B9%80%E0%B8%AD-%E0%B8%A1%E0%B9%84%E0%B8%9E%E0%B8%A3-/items/243514-%E0%B8%9A%E0%B8%B0%E0%B8%AB%E0%B8%A1%E0%B8%B5-%E0%B8%81%E0%B8%A3%E0%B8%AD%E0%B8%9A%E0%B8%A3%E0%B8%B2%E0%B8%94%E0%B8%AB%E0%B8%99-%E0%B8%B2%E0%B8%AB%E0%B8%A1%E0%B8%B9-rad-na-deep-fried-egg-noodle-with-pork
- ^ http://www.panix.com/~clay/cookbook/bin/show_recipe.cgi?thai+recipe252