RSS Sea Dragon (P78) merupakan kapal perang tentera laut Singapura jenis kapal penyerang pantas - berpeluru berpandu yang sentiasa bersedia mempertahankan negara pulau Singapura.

Persenjataan

sunting
  1. 1 x 76mm meriam Oto Melara
  2. 8 x peluru berpandu Harpoon
  3. 6 x tube torpedo Whitehead torpedo
  4. 16 x anti peluru berpandu Barak
  5. 4 x 0.5" MG

Kapal RSS Sea Dragon milik Singapura merupakan kapal jenis kapal penyerang pantas - berpeluru berpandu. RSS Sea Dragon memenuhi keperluan Singapura dan berperanan mempertahankan Singapura dari kapal-kapal musuh. RSS Sea Dragon dibina oleh Lurssen Werft, Bremen. Ia dilancarkan pada 1974.

Pada 22 Januari 1975, Menteri Pertahanan Dr Goh Keng Swee melancarkan RSS Sea Dragon secara rasmi bersama RSS Sea Wolf dan RSS Sea Lion di Pengkalan Tentera Laut Brani. Ahli Parliament, Brigade dan Battalion Company dan semua anggota Maritime Command menyaksikan peristiwa bersejarah ini. Anak kapal mengenakan pakaian putih buat kali pertama pada 1 Januari 1975.

RSS Sea Dragon diletakkan dalam skuadran 185. RSS Sea Dragon dilancarkan pada 1 Februari 1973 dari limbungan Singapore Shipbuilding and Engineering Limited.

Pada tahun yang sama, RSS Sea Dragon beroperasi buat kali pertama pada 6 April dan melakukan lawatan luar negara di Bangkok pada September.

Kapal lain dalam kelas yang sama adalah RSS Sea Wolf, RSS Sea Lion, RSS Sea Dragon, RSS Sea Tiger, RSS Sea Hawk, dan RSS Sea Scorpion.

RSS Sea Dragon mempunyai 41 orang anak kapal termasuk 5 pegawai. RSS Sea Dragon dilengkapi untuk misi pertempuran kapal ke kapal di permukaan laut "anti-surface warfare".

Kapal RSS Sea Dragon sepanjang 44.9 m; 7meter * 2.5meter ( 147.3kaki panjang * 23kaki * 8.2kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 35 knot dengan jarak pada 950 batu nautikal pada kelajuan 30 knot / 1,800 batu nautikal pada kelajuan 15 knot. RSS Sea Dragon mempunyai seseran 254 tan penuh atau 226 tan ketika kosong.

Rekabentuk kapal membenarkan tatarajahnya ditukar bagi menerima pelbagai sistem persenjataan dan pengesan untuk memenuhi keperluan operasi yang berkembang bagi angkatan tentera Singapura.

Peluru berpandu

sunting

Sistem pertahanan udara adalah satu pelancar peluru berpandu Matra Simbad berkembar; Mistral; IR mengejar homing sehingga jarak 4 km (2.2 batu nautikal) dengan kelapa peledak seberat 3 kilogram.

Selain itu kapal korvetes RSS Sea Dragon juga dilengkapi dengan 4 peluru berpandu Permukaan ke Permukaan (SSM) McDonnell Douglas Harpoon (SSM) 2 berkembar, beserta pengejar radar aktif "active radar homing" sehingga pada jarak 130 km ( 70 batu nautikal ) pada kelajuan 0.9 Mach. Peluru berpandu ini dilengkapi dengan kepala peledak seberat 227 kg.

Meriam

sunting

Meriam utama kapal perang RSS Sea Dragon yang dipasang pada dek hadapan, adalah meriam tunggal Bofor 57 mm/70 yang mampu memuntahkan 200 biji/minit pada jarak 17 km ( 9.3 batu nautikal) menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar dan terhadap peluru berpandu anti-kapal yang datang. Berat termasuk sarung "weight to shell" 2.4 kg.

Penangkis langkah balas

sunting

RSS Sea Dragon mempunyai 2 pelancar umpan chaff Hycor MK 137 sextuple RBOC. Untuk penangkis jarak jauh RSS Sea Dragon mampu dilengkapi dengan 4 Rafael ( 2 berkembar ) pelancar chaff jarak jauh akan dipasang di bawah sayap Dek Pemerintah - "bridge".

RSS Sea Dragon juga mempunyai sistem ESM jenis RQN 3B (INS - 3); pemintas, sementara sistem Tindakan Penangkis Eletronik "Electronik Counter Measure (ECM)" TDF-205 DF - Jammer.

    • Radar penerima amaran kapal ini adalah Ericsson/Radamec Sea Giraffe 150 HC; G/H-band. Radar penerima amaran Ericsson/Radamec Sea Giraffe 150 HC melaksanakan pengesanan dan penganalisan pantas pancaran radar musuh dan berciri pengukur frekuensi segera instantaneous frequency measurement (IFM), penentu arah segera instantaneous direction finding (IDF) dan penganalisa ancaman.

Pengesan

sunting

RSS Sea Dragon memiliki radar pengesan permukaan Racal Decca yang merupakan radar pengawas dan pembedil yang berupaya memberikan carian radar dan amaran ancaman pada gelombang I. Radar tersebut memberikan pengesanan pencari sasaran di udara dan permukaan bersepadu dan beroperasi dalam trek ketika mod pengawas "scan mode". Kapal ini juga dilengkapi dengan radar sistem kawalan tembakan Signaal WM28/5 yang beroperasi pada jalur I dan J dengan jarak 46 kilometer (25 batu nautikal.)

Tujahan

sunting

Kapal RSS Sea Dragon mempunyai empat enjin disel MTU 16V 538 TB 92 disambung kepada kotak gear yang menghasilkan 13,640 hp (m) (10 MV) secara berterusan dengan empat gandar "shaft".

Pautan luar

sunting