Perumahan Negara Lorong Tengah
Perumahan Negara Lorong Tengah atau Rancangan Perumahan Negara Lorong Tengah ialah sebuah kawasan perumahan awam yang terletak berdekatan dengan Pekan Seria di Daerah Belait, Brunei. Ianya secara rasmi merupakan salah satu pembahagian pentadbiran kampung di bawah Mukim Seria.[2] Penduduk Perumahan Negara Lorong Tengah dianggarkan 2,000 orang.[1] Perumahan Negara Lorong Tengah merupakan salah satu kawasan perumahan Rancangan Perumahan Negara iaitu skim perumahan oleh kerajaan bagi rakyat Brunei.[3] Poskod bagi Perumahan Negara Lorong Tengah ialah KB1633.[4]
Perumahan Negara Lorong Tengah | |
---|---|
Rancangan Perumahan Negara Lorong Tengah | |
Koordinat: 4°35′59″N 114°20′15″E / 4.599612°N 114.337530°EKoordinat: 4°35′59″N 114°20′15″E / 4.599612°N 114.337530°E | |
Negara | Brunei |
Daerah | Belait |
Mukim | Seria |
Pentadbiran | |
• Ketua kampung | (kosong) |
Penduduk | |
• Estimate (2016)[1] | 2,000 |
Poskod | KB1633 |
Geografi
suntingPerumahan Negara Lorong Tengah dalam Mukim Seria, salah satu mukim di Daerah Belait. Pekan Seria terletak di bahagian utara Perumahan Negara Lorong Tengah, sementara Kampung Lorong Tiga Selatan terletak di bahagian barat.[5]
Pentadbiran
suntingPenduduk Perumahan Negara Lorong Tengah ditadbir oleh seorang ketua kampung. Walau bagaimanapun, pada masa ini jawatan tersebut masih kosong.[6]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b Wong, Aaron (1 Februari 2016). "Village head duties too burdensome". btarchive.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Jun 2018.
- ^ "Daerah Belait" (PDF). www.information.gov.bn. m/s. 32. Dicapai pada 11 Jun 2018.
- ^ "Mengenai Rancangan Perumahan Negara (RPN)". www.mod.gov.bn. Dicapai pada 11 Jun 2018.
- ^ "Poskod" (PDF). post.gov.bn. m/s. 40. Dicapai pada 26 Disember 2018.
- ^ "Geoportal - Survey Department". survey.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Jun 2018.
- ^ Kepli, Saemah (3 Mac 2018). "Penduduk kampung dipelawa isi kekosongan jawatan". Media Permata Online. Dicapai pada 11 Jun 2018.