RKT Salong
- Rencana ini tentang bandar di negeri Pahang.
RKT Salong merupakan sebuah pekan kecil di Pahang, Malaysia. Ia terletak berdekatan dengan Tasik Chini. RKT Salong terletak di tebing selatan Sungai Pahang sebagai salah satu daripada kampung-kampung di Mukim Penyor di dalam Daerah Pekan, Pahang. Pekan ini merupakan transit kepada pelancong-pelancong yang ingin melawat Tasik Chini. Pekan kecil ini juga menyediakan kemudahan homestay yang terdiri daripada 20 buah rumah yang berdaftar dengan Kementerian Perlancongan Malaysia.