Queijadinha (atau queijada) ialah sejenis manisan yang berasal dari Portugal, dan biasa ditemui di Brazil. Terdapat banyak jenis "queijadinha", namun yang tradisional disediakan dengan ramuan utama berikut: kelapa parut dan keju, susu pekat manis, gula, mentega dan kuning telur. Queijadinha sering dijumpai di kedai roti dan parti kanak-kanak.
Queijada de Sintra adalah sejenis gula-gula queijada di Sintra, Portugal. Ia merupakan gula-gula manis disediakan menggunakan keju atau Requeijão, telur, susu dan gula. Ada juga queijada lain dihasilkan di Madeira, Oeiras, Évora dan Pereira.