Putih Salji
Putih Salji (Jerman: Schneewittchen , bahasa Inggeris: Snow White ) ialah cerita dongeng yang terkenal dari berbilang negara di Eropah, terutama sekali versi Jerman yang dihimpunkan oleh Grimm Bersaudara (Jerman: Schneewittchen und die sieben Zwerge , "Putih Salji dan Tujuh Orang Kerdil"). Versi Jerman tersebut menampilkan unsur-unsur cermin sakti dan tujuh orang kerdil. Selain cerita Putih Salji dan orang kerdil, juga terdapat cerita Putih Salji dan Merah Mawar (Schneeweißchen und Rosenrot) yang juga merupakan himpunan Grimm Bersaudara.
Putih Salji | |
---|---|
Puteri Putih Salji dalam kerandanya, Theodor Hosemann, 1852 | |
Cerita rakyat | |
Nama: | Putih Salji |
Data | |
Kelompok Aarne-Thompson: | 709 |
Negara: | Jerman |
Rangka cerita
suntingBerasaskan edisi tersahih Kinder - und Hausmärchen (Berlin 1857) oleh Grimm bersaudara:[1]
Pada masa dahulu, di mana dunia ini dikuasai oleh pari-pari dan makhluk ajaib, tinggal sebuah negara yang aman dan damai yang diperintah oleh raja dan permaisuri yang baik hati. Namun mereka tidak berasa gembira kerana tidak dikurniakan anak. Semua usaha telah digunakan namun tiada gunanya, mereka tidak juga dikurniakan anak. Hinggalah pada suatu hari musim sejuk tiba, permaisuri sedang menjahit di tepi anjung istana. Sambil dia menjahit dia memerhatikan taman istana yang putih diselaputi salji. Beberapa ekor burung gagak sedang bertenggek di atas dahan pokok di taman tersebut. Apabila permaisuri asyik melihat burung-burung gagak tersebut secara tiba-tiba mereka terbang secara mengejut dan permaisuri tercucuk jarumnya. Tiga titis darah merah menitis di atas salji yang putih. Permaisuri memandang ke arah darah yang mengembang seolah-olah bibir seorang budak perempuan. Lalu dia berkata "Alangkah baiknya jika beta mempunyai anak yang bibirnya semerah darah, rambut sehitam kegelapan malam dan kulitnya seputih salji". Tidak lama kemudian permaisuri melahirkan bayi perempuan yang sangat comel dan menamakan Putih Salji(Snow White). Tidak lama kemudian permaisuri meninggal dunia dan dia memanggil satu-satu anak perempuanya, "Anakku, kamu mempunyai kecantikkan yang jarang dimiliki orang lain, di sini..." sambil memegang dada Putih Salji "Jangan pernah lupakannya sayang, selalulah menjadi anak yang baik budi pekertinya". Permaisuri itu dikebumikan di dalam taman dan setiap hari Putih Salji melawat ibunya dan menangis meratapi kehilangan ibunya yang tersayang.
Tidak lama kemudian, raja mengahwini seorang wanita yang sangat cantik dan dicintainya. Pada hari perkahwinanya, permaisuri baru itu memandang ke arah Putih Salji dan dipenuhi rasa kasih sayang yang amat mendalam. Dia amat menyayangi anak tirinya dan Putih slji menyayangi ibu tirinya. Namun hubungan ibu dan anak itu mula berubah apabila raja mati terbunuh di dalam peperangan. Sikap ramah dan baik hati permaisuri mulah berubah menjadi jahat dan mementingkan diri sendiri. Pada luarannya dia kelihatan hidup namun secara dalaman dia telah mati bersama raja pada hari dia terbunuh. Permaisuri hanya dapat mentemteramkan hatinya dengan mengetahui bahawa dialah wanita tercantik di dalam negerinya. Untuk memastikan bhawa dialah yang paling cantik, dia mengamalkan ilmu sihir untuk mengekalkan kecantikkanya. Dia juga mempunyai sebuah cermin ajaib yang boleh berkata-kata dan bercakap benar. Setiap hari permaisuri bertanya kepada cerminnya "Wahai sang cermin pada dindingku / Siapakah yang tercantik sekali di negeriku?" dan cermin itu akan menjawab "Permaisuriku kamulah yang paling cantik". Dan setiap hari dia akan bertanya soalan yang sama. Jika ada sesiapa yang lebih cantik daripada permaisuri, dia kan dibunuh dan dipotong keluar hatinya untuk dimakan permaisuri tersebut.
Namun, setelah Putih Salju mencapai usia tujuh tahun, ratu menerima balasan cermin seperti ini: "Tuanku sememangnya cantik sekali, tetapi Putih Salju lebih cantik" atau "Putih Saljulah yang tercantik sekali."
Maka ratu menjadi cemburu, lalu mengarah seorang pemburu menculik Putih Salju ke dalam hutan untuk dibunuh, dengan tuntutan bahawa pemburu upahannya itu kembali dengan jantung Putih Salji sebagai bukti pembunuhan. Maka pemburu menjunjung perintah dan membawa puteri itu ke hutan, tetapi sebaik sahaja mengangkat pisau untuk menikamnya, tiba-tiba dia keberatan untuk membunuhnya. Sebaliknya, pemburu melepaskan Putih Salju sambil memesannya agar melarikan diri dan bersembunyi dari Ratu. Pemburu itu pulang ke istana dengan jantung anak rusa yang dimasak oleh tukang masak lalu dimakan oleh ratu.
Di hutan, Putih Salji menemui dan bersinggah di sebuah rumah kecil yang didiami oleh tujuh orang kerdil. Di situ, para orang kerdil menaruh simpati kepadanya dengan berkata "Jika tuan hamba sudi mengurus rumah kami, memasak, mengemas katil, membasuh, menjahit, dan mengait pakaian, dan memastikan kebersihan dan kekemasan seluruh rumah, bolehlah tuan hamba tinggal bersama kami, dan menikmati segala yang tuan hamba ingini." Mereka memesannya agar berjaga-jaga dan jangan membenarkan sesiapa masuk ketika mereka bertujuh bekerja di pergunungan. Sementara itu, Ratu sekali lagi menanya cerminnya "Siapakah yang tercantik sekali?", kemudian dikejutkan dengan khabar bahawa Putih Salju masih hidup dan berbahagia bersama orang-orang kerdil, apatah lagi lebih cantik daripada Ratu.
Tiga kali Ratu menyamar untuk menziarahi rumah orang kerdil untuk cuba membunuh Putih Salju ketika para orang kerdil keluar dari rumah. Pertama sekali, Ratu menyamar sebagai penjaja dan menawarkan kain les penetap yang berwarna-warni. Dia memakaikan les itu pada Puith Salju seketat-ketatnya sehingga puteri itu rebah, kemudian meninggalkannya kerana disangka mati. Mujurlah Snow White diselamatkan oleh para orang kerdil dengan melonggarkan les itu. Kemudian, Ratu berpakaian sebagai orang tua yang berlainan sekali wajahnya lantas menyikat rambut Putih Salju dengan sikat beracun. Sekali lagi Putih Salji rebah, dan sekali lagi dia diselamatkan oleh para orang kerdil. Akhirnya, Ratu menyediakan sebiji epal beracun, menyamar sebagai isteri petani, dan sekali lagi mendekati Snow White. Oleh sebab Putih Salju ragu-ragu untuk menerimanya, Ratu membelah buah epal itu, memakan separuh yang putih dan menyerahkan separuh yang merah dan beracun kepada puteri itu. Putih Salju memakan buah itu tanpa teragak-agak dan terus hampir pengsan. Kali ini, tujuh orang kerdil tidak dapat membangkitkannya semula, maka mereka menyangka puteri yang pernah bersemayam bersama mereka selama ini sudah pergi lalu menyimpan jasadnya dalam keranda emas.
Masa berlalu, dan seorang putera yang datang menjelajah di negeri nampak dan melangkah ke arah Putih Salju dalam kerandanya. Putera itu tertawan oleh kecantikannya lalu jatuh cinta padanya, dan meminta para orang kerdil menyerahkan keranda kepadanya. Maka keranda itu dibawa pergi oleh orang-orang suruhan putera. Dalam perjalanan, mereka tersandung pada pokok rimbun dan menyebabkan secebis epal beracun terkeluar dari kerongkong Putih Salju, maka puteri itu bangkit semula. Putera itu kemudian berjaya melamar puteri itu, kemudian diaturkannya upacara perkahwinan gilang-gemilang.
Masih percaya akan kematian Putih Salju, Ratu yang angkuh itu menyoal cermin sekali lagi untuk mencari siapa yang tercantik di negerinya, dan sekali lagi cermin itu menghampakannya dengan jawapan "Tuanku sememangnya cantik sekali, permaisuriku, tetapi permaisuri muda seribu kali keayuanmu."
Tanpa menduga permaisuri baru ini memang anak tiri sendiri, Ratu jahat itu berangkat ke upacara itu, lantas hatinya diisi penuh ketakutan apabila menyedari perkara sebenar. Sebagai hukuman atas kejahatannya selama ini, sepasang kasut besi panas dibawa dengan penyepit untuk disembahkan kepadanya. Ratu itu kemudian dipaksa memakai kasut itu dan menari sehingga jatuh mati.