Puteri Diraja (bahasa Inggeris: Princess Royal) ialah gelaran istimewa yang diberikan oleh Raja British kepada puteri sulung baginda. Puteri Diraja terkini ialah Puteri Anne, yang menyandang gelaran itu sejak tahun 1987. Ia adalah gelaran kehormatan dan penghormatan tertinggi bagi seorang wanita kerabat diraja British. Tradisi itu bermula apabila Permaisuri Henrietta Maria, isteri Raja Charles I, ingin meniru gaya Perancis menyapa puteri sulung raja.

Puteri Diraja
Princess Royal
Penyandang
Puteri Anne
sejak 13 Jun 1987
GelaranHer Royal Highness (Duli Yang Teramat Mulia)
Bidang kuasaUnited Kingdom, United Kingdom Great Britain dan Ireland, Kerajaan Great Britain dan Kerajaan England Sunting nilai ini di Wikidata
KediamanIstana St James
Dilantik olehRaja United Kingdom
Tempoh jawatanSeumur hidup atau sehingga naik takhta
Penjawat sulungMary, Puteri Diraja dan Puteri Orange
Dibentuk1642 Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Puteri Diraja pertama ialah Puteri Mary pada tahun 1642, puteri sulung Henrietta dan Charles. Gelaran itu tidak diberikan secara automatik; terpulang kepada raja yang memerintah untuk membuat keputusan. Beberapa puteri yang layak tidak menerima gelaran itu kerana mereka sudah memegang gelaran lain, seperti menjadi ratu atau puteri negara lain.

Puteri Diraja tidak pernah menjadi Raja British, tetapi mereka memegang gelaran itu seumur hidup, walaupun mereka hidup lebih lama daripada bonda dan ayahanda mereka. Apabila seorang Puteri Diraja mangkat, gelaran itu tidak diturunkan kepada anakanda perempuannya. Sebaliknya, raja baharu boleh memilih untuk mengurniakannya kepada puteri sulung mereka sendiri.

Jika seorang puteri berkahwin, baginda mungkin mengambil gelaran suaminya, tetapi jika baginda bergelar Puteri Diraja, baginda biasanya mengekalkan gelaran itu walaupun selepas berkahwin. Puteri Anne yang telah menjadi Puteri Diraja sejak tahun 1937 telah mengekalkan gelaran itu selepas perkahwinannya.

Sekiranya Puteri Anne mangkat semasa pemerintahan kekanda sulungnya Raja Charles III, tidak akan ada puteri diraja yang layak menggantikan baginda. Puteri Charlotte, puteri tunggal William, Putera Wales, hanya layak dikurniakan gelaran itu jika William menjadi raja.

Senarai pemegang gelaran

sunting

Berikut adalah senarai lengkap wanita yang secara rasmi bergelar Puteri Diraja:

Bil. Puteri Diraja (dari [tarikh] sehingga [tarikh]) Potret Keputeraan Pasangan Kemangkatan
1 Puteri Mary
(1642–1660)
  4 November 1631 William II, Putera Orange 24 Disember 1660
2 Puteri Anne
(1727–1759)
  2 November 1709 William IV dari Orange 12 Januari 1759
3 Puteri Charlotte
(1789–1828)
  29 September 1766 Frederick I dari Württemberg 5 Oktober 1828
4 Puteri Victoria
(1841–1901)
  21 November 1840 Frederick III, Maharaja Jerman 5 Ogos 1901
5 Puteri Louise
(1905–1931)
  20 Februari 1867 Alexander Duff, Duke Fife pertama 4 Januari 1931
6 Puteri Mary
(1932–1965)
  25 April 1897 Henry Lascelles, Earl Harewood ke-6 28 Mac 1965
7 Puteri Anne
(1987–kini)
  15 Ogos 1950 Mark Phillips
Sir Timothy Laurence
kini berusia 74 tahun

Rujukan

sunting