Pusat Tahanan Simpang Renggam
Pusat Tahanan Simpang Renggam terletak di Simpang Renggam, Daerah Kluang, Johor, Malaysia. Pusat Tahanan ini menahan individu yang melakukan jenayah , tidak kira tahanan atau penjenayah Melayu, Cina atau India. Pusat ini diurustadbir oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia.
Pusat tersebut dibina pada 1986 bagi menempatkan tahanan yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 serta banduan lain dan banduan reman.
MIC mencadangkan ia ditutup
suntingPada 11 Disember 2009, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mencadangkan pusat tahanan ini ditutup kerana tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.Pada 2007 ketika menjadi Menteri Kerja Raya dengan mata kepala sendiri beliau mendapati pusat tahanan itu sesak dan banduan tinggal dalam keadaan jijik.
Sepatutnya hanya menampung 2,000 tahanan tetapi kini jumlahnya melebihi 4,000 banduan.Banduan yang menjalani hukuman penjara hendaklah dipindahkan ke penjara moden seperti Penjara Sungai Buloh manakala tahanan yang belum didakwa dibawa ke mahkamah untuk menghadapi hukuman. Jika tidak dapat didakwa , maka hendaklah dikenakan hukuman khidmat masyarakat dan kemudian dipindah ke pusat pemulihan lain.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan Kementerian tidak dapat melayan tuntutan keluarga tahanan kerana mereka memang melanggar undang-undang. [1]Tidak ada layanan istimewa kerana mereka adalah tahanan dan sebelum melakukan sebarang kesalahan, seharusnya mereka berfikir panjang.
Rujukan
sunting