SEC Centre
SEC Centre (asalnya dikenali sebagai Pusat Pameran dan Persidangan Scotland sehingga 2017) merupakan pusat pameran terbesar di Scotland yang terletak di Glasgow, Scotland. SEC Centre merupakan salah satu daripada tiga bangunan utama di Scotland Event Campus.[3]
SEC Centre | |
---|---|
Alamat | Exhibition Way Glasgow G3 8YW |
Lokasi | Glasgow, Scotland |
Koordinat | 55°51′39″N 4°17′17″W / 55.86085°N 4.28812°WKoordinat: 55°51′39″N 4°17′17″W / 55.86085°N 4.28812°W |
Pemilik | SEC Limited |
Dirasmikan | 27 November 1985 |
Dibuka | 06 September 1985 |
Diubah suai | 2000 |
Diluaskan |
|
Kos pembinaan | £36 juta |
Bekas nama | Scottish Exhibition Centre (semasa dirancang/dibina) Scottish Exhibition and Conference Centre (1985–2017) |
Dewan jamuan/besar | 400 (Suite Loch) 100 (Suite Seminar) 72 (Bilik Gala) 624 (Auditorium Lomond) 300 (Bilik Forth) |
Tempat duduk teater | 10,000 (Dewan Konsert 4) 5,000 (Dewan Konsert 3) |
Ruang tertutup | |
• Tingkat dewan pakeran | 23,355 m2 (251,391 ka2) |
• Mesyuarat | 4,431 m2 (47,695 ka2) |
Tempat letak kenderaan | 1,600 ruang parkir[1] |
Kemudahan basikal | 18 ruang parkir[2] |
Capaian transit awam | Stesen kereta api Exhibition Centre |
Laman sesawang | |
www.sec.co.uk |
Sejak pembukaannya pada tahun 1985, kompleks ini telah mengalami dua perluasan besar: yakni pembinaan SEC Armadillo pada tahun 1997, dan OVO Hydro pada tahun 2013. Syarikat induk bagi bangunan ini ialah SEC Limited, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Majlis Bandaraya Glasgow (91%) dan pelabur swasta (9%). Bangunan ini terkenal dengan penganjuran konsert di Dewan 4 dan Dewan 3.
Bangunan ini pernah merupakan tempat penganjuran Pertandingan Tarian Eurovision 2008[4], konvensyen Sains Fiksyen Dunia 1995 dan 2005 serta Persidangan Perubahan Iklim PBB 2021.[5]
Rujukan
sunting- ^ "SECC Car Park". City Parking (Glasgow). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mei 2014. Dicapai pada 7 Mei 2014.
- ^ "Getting to the SECC by Bike". Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mei 2014. Dicapai pada 7 Mei 2014.
- ^ "All change as SECC is renamed the Scottish Event Campus". Evening Times. Newsquest Media Group Ltd. 27 January 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Februari 2017. Dicapai pada 27 Januari 2017.
- ^ "The Eurovision Dance Contest Glides Into Glasgow". BBC Press Office. 7 Julai 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Disember 2017. Dicapai pada 30 Mac 2020.
- ^ "NHS Louisa Jordan to be fully decommissioned on Monday". STV News. 19 Julai 2021. Dicapai pada 19 Julai 2021.