Pusat Kewangan Marinara

Pusat Kewangan Marinara (bahasa Inggeris: Marinara Financial Centre) adalah pusat terletak di dalam Menara Marinara yang dimiliki oleh Marina Yusoff, seorang bekas ahli politik Malaysia.

Lokasi

sunting

Marinara terletak di sepanjang Jalan Tun Razak di dalam kawasan "Segitiga Emas" Kuala Lumpur dan bersebelahan dengan daerah perdagangan tengah. Oleh kerana letaknya yang strategik ke kawasan dalaman bandaraya berkenaan dan juga ke pusat-pusat perdagangan pinggiran bandaraya menyebabkan ia menjadi suatu alamat perdagangan yang ideal. Dengan kawasan lantainya beranggaran 95,845 m. per. (1.03 juta kaki. per.), dan dibina dengan piawaian yang tinggi, ia menyediakan akomodasi pejabat yang terbaik, apartment-apartmentnya yang mewah dan beli-belah yang sangat selesa.

Menara Marinara yang mempunyai 36 tingkat akan menjad titik fokus kepada pengguna-pengguna di Jalan Raja Muda, Jalan Semarak dan juga Jalan Tun Razak. Skala dan kewujudan bangunan ini akan menjadi sumbangan bermakna kepada pembangunan Jalan Tun Razak, yang menjadi pesat membangun dengan pembinaan Ibu Pejabat Bank Islam dan juga Teater Seni Kebangsaan.

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.