Pusat Sebaran Maklumat Nasional

(Dilencongkan dari Pusat Internet 1Malaysia)

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (secara rasmi disingkat sebagai NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif yang diwujudkan pada 2013 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan di dalam pembentangan Belanjawan 2013 di bawah Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar. [1]

Pusat Sebaran Maklumat Nasional
Intisari agensi
JenisAgensi kerajaan
Bidang kuasa
Kementerian Komunikasi Malaysia
Ibu pejabatMalaysia
Menteri bertanggungjawab
Laman sesawang
www.nadi.com.my

Ia diwujudkan bagi memberi kemudahan capaian Internet kepada komuniti tempatan, memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet, serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI. [2][3]

Pada 26 Februari 2024, Menteri Komunikasi Malaysia, Fahmi Fadzil berkata Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan dikenali sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) berkuat kuasa 1 Mac 2024. [4]

Objektif

sunting
  1. Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada komuniti khususnya di luar bandar dan dari kawasan yang kurang liputan perkhidmatan;
  2. Memperkasakan komuniti melalui program-program yang lebih mampan dan relevan untuk merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosio-ekonomi. Program-program yang ditawarkan di NADI merangkumi empat (4) bidang fokus utama iaitu keusahawanan, e-pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kematangan dalam penggunaan Internet; dan
  3. Menyediakan platform untuk masyarakat luar bandar terutamanya komuniti sekitar NADI mendapat maklumat yang terkini dan tepat berkenaan inisiatif-inisiatif Kerajaan seperti PADU, Manfaat MADANI dan BUDI MADANI agar semua lapisan masyarakat tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

Di bawah aspirasi 1 DUN 1 NADI, 186 NADI baharu sedang dibangunkan. Daripada jumlah tersebut, 21 NADI telah siap dan beroperasi setakat 1 Jun 2024. Baki 165 NADI baharu kini sedang dalam fasa pelaksanaan. Ini menjadikan jumlah NADI yang sedang beroperasi setakat ini adalah sebanyak 932 NADI. Menjelang akhir tahun 2024, sebanyak 1,097 NADI dijangka akan beroperasi di seluruh negara.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)". Kerajaan Malaysia. Dicapai pada 25 Ogos 2018.
  2. ^ "Manfaatkan Pusat Internet 1Malaysia". Sinar Harian. 23 Januari 2017. Dicapai pada 25 Ogos 2018.
  3. ^ "Pusat Internet 1Malaysia, Menghubungkan Komuniti Luar Bandar". Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia. 27 Februari 2016. Dicapai pada 25 Ogos 2018.
  4. ^ "PEDi dikenali sebagai Nadi mulai 1 Mac". Aiman Zaharuddin. 27 Februari 2024.