Pulau Ujong

(Dilencongkan daripada Pulau Singapura)

Pulau Ujong ialah salah sebuah nama untuk pulau Singapura pada zaman silam. Pulau Ujong (piawai: Pulau Hujung) merujuk kepada kedudukan Singapura yang berada di penghujung Semenanjung Tanah Melayu. Ia merupakan nama paling mudah digunakan oleh para pelaut yang melalui pulau ini untuk ke Laut China Selatan dari Selat Melaka dan sebaliknya. Nama Pulau Ujong juga pernah dirakam dalam inskripsi lama Cina pada kurun ke-3 sebagai Pu Luo Chung (蒲罗中), iaitu transliterasi dari nama Melayunya. Pada kurun ke-18, Pulau Ujong dikenali sebagai Pulau Panjang.

Rujukan

sunting
  • Victor R Savage, Brenda SA Yeoh (2004), Toponymics A Study of Singapore's Street Names, Eastern University Press, ISBN 981-210-364-3