Pulau Andaman Utara

Pulau Andaman Utara (ڤولاو اندامن اوتارا) terletak di utara pulau Andaman Besar di Kepulauan Andaman. Dengan keluasan 1376 km2, bandar utama pulau ini ialah Diglipur.[1] Terkenal dengan kehidupan lautnya, ekonomi utama pulau ini ialah pertanian. Hasil pertanian beras dan oren merupakan yang utama. Di keseluruhan Kepulauan Andaman, titik tertingginya terletak di pulau ini iaitu Puncak Saddle. Gunung ini mempunyai ketinggian kira-kira 738 meter.

Andaman Utara (اندامن اوتارا)
Geografi
LokasiTeluk Bengal
Koordinat13°15′N 92°55′E / 13.250°N 92.917°E / 13.250; 92.917
KepulauanKepulauan Andaman
Luas1,375.99 km2 (531.27 bt2)
Aras tertinggi738 m (2,421 ft)
Pentadbiran

Ketika gempa bumi dan tsunami pada 26 Disember 2004, sebahagian besar pulau ini mengalami banjir dan kerosakan yang teruk.

Rujukan

sunting