Kutu keketam

(Dilencongkan daripada Pthirus pubis)

Kutu keketam (Pthirus pubis, juga kutu pubik) ialah serangga parasit obligat manusia (parasit yang pada keseluruhannya bergantung kepada perumahnya), makan hanya darah.[1] Kutu keketam biasanya dijumpai pada bulu ari-ari manusia. Walaupun ia tidak dapat melompat, ia juga dapat hidup di kawasan lain badan yang terdapat bulu kasar seperti bulu mata. Manusia satu-satunya perumah yang diketahui untuk kutu keketam, walaupun spesies rapat, Pthirus gorillae, menjangkiti populasi gorila . Parasit manusia terpisah daripada Pthirus gorillae kira-kira 3.3 juta tahun dulu[2] dan lebih bersaudara jauh dengan genus Pediculus yang mengandungi kutu kepala dan kutu badan.

Kutu keketam
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
P. pubis
Nama binomial
Pthirus pubis
Sinonim

Pediculus pubis Linnaeus, 1758

Kutu keketam di bulu mata

Gambaran

sunting

Kutu keketam dewasa adalah kira-kira 1.3–2 mm panjang (kecil sedikit daripada kutu kepala dan kutu badan), dan dapat dibezakan daripada spesies lain dengan badannya yang hampir bulat. Ciri lain yang berbeza ialah dua pasang kaki belakang kutu keketam adalah lebih tebal daripada kaki depan dan mempunyai kuku yang besar.[3]

 
Telur kutu keketam pada bulu badan manusia

Rujukan

sunting
  1. ^ Rapini, Ronald P.; Bolognia, Jean L.; Jorizzo, Joseph L. (2007). Dermatology: 2-Volume Set. St. Louis: Mosby. ISBN 1-4160-2999-0.
  2. ^ Weiss RA (10 February 2009). "Apes, lice and prehistory". J Biol. 8 (2): 20. doi:10.1186/jbiol114. PMC 2687769. PMID 19232074.
  3. ^ Service, Mike (2012). Medical Entomology for Students (ed. 5th). Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 978-1-107-66818-8.


Pautan luar

sunting