Pseudo-Kufi
Pseudo-Kufic, atau Kufesque, kadangkala Pseudo-Arab, merujuk kepada tiruan skrip Kufi Arab, atau kadangkala kepada skrip kursif Arab, yang diguna di luar konteks pemakaian Arab, sewaktu Zaman Pertengahan atau Zaman Pembaharuan: "Tiruan bahasa Arab dalam seni lukis Eropah lazimnya dipanggil pseudo-Kufi, meminjam istilah yang digunakan pada skrip Arab yang menonjolkan tulisan lurus dan berbucu, dan paling kerap digunakan sebagai hiasan dalam seni bina Islam".[1] Pseudo-Kufi kerap dijumpai terutamanya dalam gambaran orang dari Tanah Suci (Kristian), khususnya Virgin Mary di dalam seni lukis Zaman Pembaharuan. Ia satu contoh pengaruh Pengaruh Islam terhadap seni lukis Barat.
Contoh-contoh awal
suntingSebahagian daripada peniruan terawal psudo-Kufi berlaku pada abad ke-8 apabila raja Inggeris Offa (memerintah 757–796) mengeluarkan duit syiling emas yang meniru dinar Islam. Syiling-syiling ini merupakan turan dinar tempaan Kekhalifahan Abbasiyyah yang ditempa Khalifah al-Mansur pada tahun 774 dengan Offa Rex tertera pada bahagian belakang syiling. Ternyata bahawa pengeluar wang tidak mememahami bahasa Arab kerana teks Arab mengandungi beberapa kesilapan. Syiling mungkin dikeluarkan bagi tujuan berdagang dengan Sepanyol Islam; atau mungkin sebahagian daripada pembayaran tahunan sebanyak 365 mancus yang dijanjikan Offa kepada Rom.[2]
Syiling tiruan, digelar Tari, yang menggunakan skrip pseudo-Kufi yang sukar dibaca, tersebar luas di selatan Itali Zaman Pertengahan (di kota dagang Amalfi dan Salerno) bermula dari pertengahan abad ke-10.[3][4][5]
Contoh-contoh gabungan skrip Kufi dan corak-corak warna-warni berbentuk intan yang berilhamkan Islam seperti Ciborium (bekas) enamel Limoges Perancis abad ke-13 terdapat di Muzium British.[6] Lingkaran skrip pseudo-Kufi "merupakan ciri hiasan yang berulang dalam Limoges dan telah lama digunakan di Aquitaine".[7]
Nota
sunting- ^ Mack, p.51
- ^ Medieval European Coinage by Philip Grierson p.330
- ^ Cardini, p.26
- ^ Grierson, p.3
- ^ Matthew, p.240
- ^ British Museum exhibit
- ^ a b Louvre museum notice
Rujukan
sunting- Braden K. Frieder Chivalry & the perfect prince: tournaments, art, and armor at the Spanish Habsburg court Truman State University, 2008 ISBN 1-931112-69-X, ISBN 978-1-931112-69-7
- Cardini, Franco. Europe and Islam. Blackwell Publishing, 2001. ISBN 978-0-631-22637-6
- Grierson, Philip Medieval European Coinage Cambridge University Press, 2007 ISBN 0-521-03177-X, ISBN 978-0-521-03177-6
- Mack, Rosamond E. Bazaar to Piazza: Islamic Trade and Italian Art, 1300–1600, University of California Press, 2001 ISBN 0-520-22131-1
- Matthew, Donald, The Norman kingdom of Sicily Cambridge University Press, 1992 ISBN 978-0-521-26911-7