Program Perumahan Rakyat
Program Perumahan Rakyat atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) merupakan tindakan drastik yang diambil oleh kerajaan Malaysia bagi mengatasi masalah kekurangan perumahan dan masalah setinggan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). PPR dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan kerjasama kerajaan tempatan. Kos pembinaan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan tetapi tanah disediakan oleh kerajaan negeri.
Status jualan
suntingSehingga 20 April 2010, sebanyak 21,611 daripada 29,562 unit PPR di bawah DBKL ditawar hendak dijual kepada penghuni sedia ada. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menjelaskan bahawa 7,951 unit rumah belum layak dijual, 2,056 unit masih kosong tanpa berpenghuni, 4,740 unit masih belum diserahkan kepada DBKL oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, manakala 1,155 unit lagi diduduki oleh setinggan transit yang tidak layak untuk menerima tawaran.[1]
Seramai 21,611 orang penghuni sedia ada ditawarkan untuk membeli unit PPR yang sedang diduduki. Akan tetapi, hanya 14,450 orang penghuni sahaja yang berminat untuk membeli.[1]
Jawatankuasa Pemilihan mendapati 10,159 orang penghuni memenuhi syarat layak mendapat rumah PPR. 4,013 orang pula layak bersyarat kerana tunggakan sewa melebihi tiga bulan manakala baki 278 permohonan pula masih dalam proses permohonan.[1]
Senarai Program Perumahan Rakyat
suntingBil | Projek | Bil. unit |
---|---|---|
1 | PPR Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur | 2,132 |
2 | PPR Lembah Pantai, Kerinci, Kuala Lumpur | 1,896 |
3 | PPR KL Linear City 2 Fasa 1, Kuala Lumpur | 1,264 |
4 | PPR KL Linear City 2 Fasa 2, Kuala Lumpur | 632 |
5 | PPR Kampung Seri Malaysia, Kuala Lumpur | 632 |
6 | PPR Kampung Malaysia Permai, Kuala Lumpur | 632 |
7 | PPR Sungai Bonus, Air Jernih, Kuala Lumpur | 316 |
8 | PPR Kampung Baru Air Panas Tambahan, Kuala Lumpur | 1,896 |
9 | PPR Bukit Jalil 1, Kuala Lumpur | 1,896 |
10 | PPR KTM Taman Kampar, Perak | 29 |
11 | PPR Buntong, Perak | 416 |
12 | PPR Balung 2, Tawau | 500 |
13 | PPR Telipok, Kota Kinabalu | 2,174 |
14 | PPR Telipok Ria, Kota Kinabalu | 2,400 |
15 | PPR Batu 5, Kuching | 816 |
16 | PPR Tampoi, Johor | 2,252 |
17 | PPR Tebrau, Johor | 2,000 |
18 | PPR Sri Stulang, Johor | 1,500 |
19 | PPR Pasir Pelangi, Johor | 960 |
Jumlah | . | 24,343 |
Rujukan
sunting- ^ a b c BERNAMA (20 April 2010). "21,611 Unit PPR Layak Dijual Kepada Penghuni". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-10. Dicapai pada 810 Mac 2018. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan); Check date values in:|access-date=
(bantuan) - ^ Program Perumahan Rakyat Dasar Baru