Profesional
Huraian
suntingIstilah "Profesional" diadaptasikan dari istilah Inggeris iaitu Profession yang bermaksud pekerjaan atau kerjaya. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka(Edisi Empat)mentafsirkan profesional sebagai:
- yg berkaitan dgn (bergiat dlm) bidang profesion (spt undang-undang, perubatan, dll)Contoh: golongan profesional; ahli profesional.
- berasaskan (memerlukan dsb) kemampuan atau kemahiran yg khusus utk melaksanakannya, cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu. Contoh: setiap pengurus atau eksekutif dlm satu-satu firma harus tahu mengurus secara profesional.
- melibatkan pembayaran dilakukan sbg mata pencarian, mendapat bayaran. Contoh: mereka perlu mendapat bimbingan seorang jurulatih tenis profesional.
- orang yg mengamalkan (kerana pengetahuan, kepakaran, dan kemahiran) sesuatu bidang profesion; memprofesionalkan menjadikan bersifat atau bertaraf profesional. Contoh: persatuan bola sepak negeri itu tidak ketinggalan utk profesional pengurusan skuad negeri dgn melantik jurulatih asing; pihak pengurusan tertinggi jabatan memang serius dlm soal profesional jabatan dan anggotanya; keprofesionalan kemampuan yg khusus (sbg seorang profesional), keupayaan seorang profesional. Contoh: usaha utk menumpukan perhatian pd aspek meningkatkan profesional guru bahasa dan sastera Melayu.
Ringkasan
suntingSecara ringkasnya, profesional diterangkan sebagai seseorang individu atau golongan yang melakukan sesuatu pekerjaan/profesion/bidang dengan menggunakan kepakaran,kecekapan atau kemahiran yang diperlukan dalam bidang yang diceburinya dan ia melibatkan pembayaran dimana pekerjaan yang dilakukan secara profesional itu merupakan mata pencarian dan pekerjaan tetapnya.