Prasasti Sungai Mas II
Prasasti Sungai Mas II adalah sebuah prasasti yang ditemui di Kampung Sungai Mas berlokasi di candi Tapak 32. Ia ditemui sekitar tahun 2007 yang lalu. Prasasti tersebut diketahui berasosiasi dengan penemuan lakaran persembahan dan serpihan arca tangan Buddha. Prasasti Sungai Mas II sehingga kini merupakan salah satu daripada tiga prasasti yang ditemui di Lembah Bujang yang mengandungi formula mantra aliran Madhyamaka dari mazhab Buddha Mahayana. Ia ditulis dalam skrip Pallava, dalam bahasa Sanskrit. [1]
prasasti sungai mas II | |
---|---|
Bahan baku | batu |
Sistem penulisan | Palawa |
Dibuat | Abad 5 M |
Ditemukan | Site 32, Sungai Mas, Kuala Muda, Malaysia |
Pemerhatian awal terhadap Prasasti Sungai Mas II menunjukkan bahawa ia memiliki bentuk aksara yang agak unik jika dibandingkan dengan prasasti-prasasti lain Asia Tenggara sama ada di kawasan kepulauan mahupun di tanah besar. Di dalam makalah yang disediakan oleh pakar-pakar arkeologi dan sejarah negara kita ini, tinjauan awal terhadap Prasasti Sungai Mas II telah diberikan, dari aspek paleografi untuk menjawab beberapa persoalan penting mengenai prasasti tersebut, seperti pentarikhan, kemahiran citralekha, serta pengaruh kebudayaan yang wujud Bacaan
Isi Prasasti
suntingPermukaan Pertama Prasasti Sungai Mas II
Bacaan
Barisan 1: balāni daśa catvāri ……. [vai?]
Barisan 2: aṣṭā daśa ca buddhanaṃ …….. dharm(m)ā
Permukaan Kedua Prasasti Sungai Mas II
Barisan 3: jānite ya imā ko(ţi) …………
Barisan 4: tasya koţī gataṃ jñānaṃ …………..
Berikut pula adalah isi kandung Prasasti Kampung Pendiat (Tapak 2)
Barisan 1: balāni daśa catvāri vaiśaradyāni yāni ca
Barisan 2: așţādaś a ca buddhānāṃ dharmmā āveṇīkā hi ye
Barisan 3: ye pratītyasamutpannā na te kecit svabhāvataḥ[30]
Barisan 4: ye svabhāvā[31] na vidyante na teșāṃ saṃbhavaḥ[32] kvacit
Barisan 5: jānite ya imāṃ koţim=a koţi[33] jagatas=samāṃ[34]
Barisan 6: tasya koţi[35] gataṃ jñānaṃ sarvva dharmmesu vartate
Daripada pembacaan yang telah dibuat terhadap Prasasti Sungai Mas II dan Prasasti Kampung Pendiat (Tapak 2), diperhatikan bahawa barisan 1-4 untuk Prasasti Sungai Mas II adalah bersamaan dengan barisan 1, 2, 5, dan 6 Prasasti Kampung Pendiat (Tapak 2). Walau bagaimanapun, cuma separuh dari aksara keempat-empat barisan Prasasti Sungai Mas II dapat dibacakan. Melalui perbandingan ini, kemungkinan besar bahagian prasasti yang telah pecah mengandungi isi kandungan yang sama dengan bahagian kedua barisan 1 dan 2, serta barisan 3 dan 4 Prasasti Kampung Pendiat (Tapak 2).