Pounamu
Pounamu (serta greenstone dalam dialek Inggeris tempatan) ialah gelaran Māori bagi sekumpulan batuan mineral yang keras di selatan New Zealand. Batu-batuan ini dipandang tinggi di New Zealand, terutamanya dalam kebudayaan Māori. Kini, pounamu sering digunakan sebagai barang perhiasan serta hadiah dalam kalangan warga New Zealand.[1]
Secara geologi, pounamu lazimnya terdiri jed nefrit, bowenit atau serpentinit, dan lazimnya dikelaskan oleh warna dan rupa oleh orang Māori, seperti kawakawa, kahurangi, īnanga dan tangiwai.[2] Meskipun begitu, perkataan pounamu kini lazimnya dikhususkan kepada jed nefrit.
Rujukan
sunting- ^ Wood, Stacey (2011-07-23). "Hokitika man's carving fit for a president". Stuff (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-10-14.
- ^ "Pounamu – An iconic stone". Kura Pounamu Treasured stone of Aotearoa New Zealand. Museum of New Zealand Te Papa Tongarewa. Dicapai pada 21 November 2010.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pounamu |
- (Inggeris) Gambar 40 jenis pounamu dengan keterangan