Portal:Kenya/Pengenalan

Bendera Kenya
Bendera Kenya
Jata negara Kenya
Jata negara Kenya
Peta Kenya dalam Afrika.

Republik Kenya adalah sebuah negara di Afrika Timur yang bersempadan dengan Habsyah di utara, Somalia di timur, Tanzania di selatan, Uganda di barat, Sudan Selatan di barat laut serta Lautan Hindi di bahagian tenggara. Negara seluas 580,000 km 2 ini berpenduduk seramai 41 juta orang .Bandar terbesarnya adalah Nairobi, yang juga merupakan ibu kotanya.

Perlembagaan Kenya yang baru pada 2010 adalah hasil referandum . Kenya terbahagi kepada 47 daerah yang semi autonomi tadbir urus. Menjelang Ogos 2012, pilihan raya akan diadakan , yang pertama di bawah perlembagaan baru.

Gunung Kenya adalah gunung tertinggi dan menjadi nama negara tersebut. Istilah Kenya berasal dari bahasa Kikuyu. Kenya terkenal dengan kawasan safari yang luas, indah dan menarik. Antaranya ialah Taman Negara Tsavo, Maasai Mara, Taman Negara Nakuru, dan Taman Negara Aberdares. Tasik Victoria adalah tasik ai tawar yang kedua terbesar di dunia (selepas Tasik Superior di Amerika Syarikat). Tasik ini dimiliki oleh dua negara iaitu Uganda dan Tanzania.