Portal:Hal semasa di Asia/2006
2006
sunting- Kim Hyung-chil, seorang atlet Korea Selatan terkorban sewaktu acara equestrian dalam Sukan Asia XV.
- Pemberontak Maoist di Nepal menandatangani perjanjian keamanan dengan kerajaan, secara rasmi menamatkan perang saudara sepuluh tahun.
- Helikopter Pakistan memusnahkan sebuah madrasah di Bajaur, Pakistan yang dikatakan digunakan anggota al-Qaeda.
- Beribu-ribu orang telah menghadiri majlis-majlis massa di India yang mana beratus-ratus kasta terendah Hindu (Dalits) telah bertukar agama ke Buddhisme dan Kristian.
- Majlis Keselamatan PBB mengambil ketetapan Resolusi 1718, mengenakan sekatan terhadap Korea Utara sebagai tindakbalas kepada ujian senjata nuklearnya.
- Menteri Luar Korea Selatan, Ban Ki-moon disahkan sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bermula 2007.
- Korea Utara berjaya menjalankan ujian senjata nuklear pertamanya dengan mengadakan satu letupan bawah tanah yang disifatkannya sebagai “lonjakan besar ke hadapan dalam bidang pertahanan.”
- Shinzō Abe, presiden Parti Demokratik Liberal, menggantikan Junichiro Koizumi sebagai Perdana Menteri Jepun yang baru.
- Paus Benedict XVI meminta maaf berhubung kenyataannya mengenai Islam yang telah mencetuskan bantahan di beberapa bahagian dalam India dan di seluruh dunia Islam.
- Puteri Kiko dari Jepun melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Putera Hisahito setelah keluarga diraja Jepun tidak mempunyai anak lelaki baru hampir 40 tahun.
- Satu letupan berlaku di bandar Mumbai, India yang mengorbankan 200 nyawa dengan lebih 700 orang tercedera. Orang Islam mendakwa bahawa mereka mengalami diskriminasi dalam penyiasatan mencari dalang sebalik letupan.
- Korea Utara terus tegas dalam mengharungi kritikan antarabangsa oleh sebab pelancaran ujian peluru berpandunya.