Portal:Fairy Tail/Berita/Berita Lepas
![]() |
Arka filler terbaru Fairy Tail | ![]() |
---|---|---|
![]() Arka Semangat Bintang Eclipse terbaru akan menemui anda pada 18 Oktober. Malapetaka Eclipse, belum berakhir lagi—- 12 Kunci Emas tidak keluar apabila diseru. Bukan sahaja rupa dan personaliti mereka berubah, malah mereka memutuskan perjanjian diantara ahli sihir semangat bintang! Sebab utama semangat bintang ini menentang adalah, “Kebebasan mutlak”!! Natsu dan Lucy sedang mencuba untuk mendapatkan semula ikatan dintara 12 semangat bintang! Arka filler Fairy Tail terbaru! |
![]() |
Anime Fairy Tail Disambung semula | ![]() |
---|---|---|
Pencipta manga Hiro Mashima mengumumkan bahawa Anime Fairy Tail akan disambung semula dan sedang dalam pembuatan. Para peminat telah menunggu saat-saat ini. Ramai peminat yang dahulunya kecewa kerana ia di hentikan buat sementara dan mereka mengganggap , sama sepertiNaruto yang terpaksa diberhentikan selama dua tahun untuk memulakan siri barunya. Tetapi sangkaan mereka meleset setelah diumumkan bahawa anime Fairy Tail akan disambung semula kurang daripada satu tahun. |
![]() |
Fairy Tail Mencipta Sejarah Pertama | ![]() |
---|---|---|
Pencipta manga Hiro Mashima mengumumkan bahawa Fairy Tail akan mencipta sejarah pertama dalam pembikinan manga. Hal ini kerana pada 2 isu akan datang Fairy Tail akan menerbitkan 3 bab berwana dalam setiap 2 keluaran majalah akan datang. Dan Fairy Tail juga akan didatangi dengan sebuah bab khas pada isu kelapan majalah itu. |
![]() |
Bab Manga "Berseronok di Ryuzetsu Land" mendapat adaptasi OAD | ![]() |
---|---|---|
Pencipta manga Hiro Mashima mengumumkan bab manga yang tidak diadaptasi dalam bentuk anime selepas anime episod 175, diadaptasi dalam bentuk OAD (Original Animation DVD) dan akan dikeluarkan pada 17 Jun 2013. OAD ini akan dikeluarkan bersama dengan manga jilid 38. Edisi keluaran ini agak terhad. Jadi cepatlah merebut peluang ini! |
![]() |
Crossover Manga Fairy Tail X Rave Master dapat Anime DVD | ![]() |
---|---|---|
Pencipta manga Hiro Mashima mengumumkan manga crossover Fairy Tail dan Rave sedang diadaptasi kepada anime. DVD anime itu akan dikeluarkan dalam manga jilid 39 pada 16 Ogos.
Dalam cerita crossover ini mengisahkan watak utama Fairy Tail iaitu Natsu dan watak utama Rave iaitu Haru telah sesat, jadi Lucy dan Elie —heroin dalam kedua-dua siri — sedang mencari Natsu dan Haru. |
![]() |
Anime Fairy Tail akan Bersambung | ![]() |
---|---|---|
Ramai yang menganggap anime Fairy Tail sudah ditamatkan pada mulanya. Tetapi Hiro Mashima berkata dalam Twitternya "Anime Fairy Tail tidak akan ditamatkan. Saya tak tahu nak kata apa lagi tetapi silalah menonton tayangan semula anime pada April nanti. Sehingga saya mendapat berita baik nanti."
Tayangan semula anime ini bertajuk Fairy Tail Best! yang mula ditayangkan pada 4 April 2013, pukul 5.30 petang. Plot cerita bagi tayangan semula masih sama sehingga episod 175. |