Port Sudan
Port Sudan ( Arab: بور سودان, rumi: Būr Sūdān , Beja : Bar'uut ) ialah sebuah bandar dan pelabuhan dekat Laut Merah di timur Sudan, dan juga ibu kota kepada negeri Laut Merah. Port Sudan ialah pelabuhan utama dan sumber kepada 90% daripada perdagangan antarabangsa negara Sudan.[1]
Port Sudan
بور سودان Bar'uut | |
---|---|
Bandar | |
Koordinat: 19°37′N 37°13′E / 19.617°N 37.217°EKoordinat: 19°37′N 37°13′E / 19.617°N 37.217°E | |
Negara | Sudan |
Negeri | Laut Merah |
Penduduk (2007) | |
• Jumlah | 489,725 |
Sejarah
suntingPort Sudan telah dibina antara tahun 1905 dan 1909 oleh pentadbiran Anglo-Mesir Sudan untuk menggantikan kota pelabuhan Suakin.[2] Saluran paip minyak telah dibina di antara pelabuhan dan bandar Khartoum pada tahun 1977.
Ekonomi
suntingBandar ini mempunyai kilang penapisan minyak dan mengendalikan 90% perdagangan antarabangsa negara Sudan.[2]
Pengangkutan
suntingBandar ini mempunyai pelabuhan kontena moden untuk mengendalikan import dan eksport.[2] Pelabuhan ini ialah sebahagian daripada Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 yang membentang dari pantai China melalui Terusan Suez ke Mediterranean, dari sana terus ke wilayah Adriatik Atas Trieste dengan sambungan kereta apinya ke Eropah Tengah dan Timur.[3][4][5][6]
Pendidikan
suntingBandar ini ialah rumah kepada Universiti Laut Merah, yang ditubuhkan pada tahun 1994.[7]
Demografi
suntingTahun | Populasi |
---|---|
1906 | 4,289 |
1941 | 26,255 |
1973 | 132,632 |
1983 | 209,938 |
1993 | 305,385 |
2007 ( est. ) | 489,275 |
2008 ( est. ) | 517,338 |
Penduduk kebanyakannya terdiri daripada orang Arab Sudan, termasuk orang asli Beja, dengan sedikit minoriti Asia dan Eropah.[2]
Orang yang terkenal
sunting- Gawaher (Penyanyi pop)
- Ra'ouf Mus'ad (Penulis Drama)
Rujukan
sunting- ^ Eltahir, Nafisa; Abdelaziz, Khalid; Saul, Jonathan (2021-12-23). "Sudan's Red Sea port struggles to recover from blockade and turmoil". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-04-22.
- ^ a b c d "Port Sudan | Facts". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-02.
- ^ "China's 'Maritime Silk Road': Don't Forget Africa". thediplomat.com.
- ^ See also: Harry G. Broadman "Afrika´s Silk Road" (2007).
- ^ "Implications for Africa from China's One Belt One Road Strategy". africacenter.org.
- ^ "China's Belt and Road Initiative beacons new trade in MENAT". www.business.hsbc.ae.
- ^ "Red Sea University". African Studies Center. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-12. Dicapai pada 2011-09-17.
- Arckell, A. J., UNESCO General History of Africa, History of Darfur 1200-1700 A.D. SNR.
- Encyclopædia Britannica, "Port Sudan" (description), 2007, webpage: EB-PortSudan.[pautan mati kekal]
- Michael R. T. Dumper; Bruce E. Stanley, penyunting (2008), "Port Sudan", Cities of the Middle East and North Africa, Santa Barbara, Cal.: ABC-CLIO, ISBN 9781576079195
Pautan luar
sunting- Kategori berkenaan Port Sudan di Wikimedia Commons