Pop Yeah Yeah
Pop Yeah Yeah ialah sebuah siri televisyen sitkom muzikal Malaysia 2019 dibintangi oleh AC Mizal bersama-sama barisan pelakon ensembel. Siri ini memulakan tayangan perdana di TV3 bermula 3 Ogos 2019 hingga 14 Disember 2019.[1][2]
Pop Yeah Yeah | |
---|---|
Genre | |
Pencipta | |
Pengarah | Aizam Syamsul Aksan |
Dibintangi oleh | Pelbagai |
Lagu pembukaan | "Pop Yeah Yeah" |
Lagu penutup | "Pop Yeah Yeah" |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 22 minit |
Syarikat penerbitan | Awesome TV |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 3 Ogos 2019 – 14 Disember 2019 |
Sinopsis
suntingMengisahkan tentang Jefri Dom (AC Mizal) yang menjadi pesaing terdekat kepada penyanyi pada era 1960-an. Perubahan masa dan selera ramai bagaimanapun, membuatkan popularitinya semakin malap hingga memaksanya mengusahakan kafe demi kelangsungan hidup.
Di kafe yang serba ceria itu, Jefri Dom seakan-akan mendapat semangat baharu, apatah lagi dia dikelilingi pekerjanya yang mempunyai pelbagai gelagat. Obsesinya terhadap muzik 60an tidak pernah pudar, dan telah menghidupkan alam nostalgia Pop Yeh Yeh menerusi kafenya itu bersama pekerjanya Amira, Ali, Leman dan Nasir. Bersama mereka, Jefri membincangkan pelbagai topik pada masa ini bersama artis jemputan setiap episod.
Pelakon
sunting- Mizal bin Zaini
- 21 Disember 1971 sebagai Jefri Dom
- Emelda Rosmila binti Abdul Hamid
- 14 Mac 1980 sebagai Aunty Cherry
- Muhammad Izzul Islam bin Mazlan
- 2 Jun 1990 sebagai Ali
- Mohamad Shukri bin Mohamed Sahar
- 20 Mac 1986 sebagai Leman
- Azizul Ammar bin Abu Hassan
- 4 Jun 1987 sebagai Nasir
- Wan Syamira Oktovia binti Wan Syahman
- 29 Oktober 1991 sebagai Mira
- Mohd Sobri Anuar bin Mohd Tarmizi
- 6 Julai 1976 sebagai Bromo
Penerbitan
suntingPop Yeah Yeah mengimbau kembali zaman kemeriahan dunia hiburan 1960-an.[3][4] Menerusi sitkom ini, AC Mizal turut berkhidmat sebagai penerbit eksekutif. Menurutnya, idea itu dicetuskan bersama pasukan penerbitan dan mengambil inspirasi daripada kekuatan identiti hiburan tanah air pada masa lampau. Beliau berkata mengenai sitkom ini: "Irama pop yeh-yeh pernah hangat kembali sekitar 1980-an, hingga gaya pakaian turut menjadi ikutan sebilangan peminat setianya. Menerusi sitkom ini, kami bukan sekadar menggambarkan suasana ketika era kegemilangan itu, malah setiap perincian dan dialog diberi penekanan".[5]
Keluaran
suntingSiaran
suntingPop Yeah Yeah memulakan tayangan perdana pada 3 Ogos 2019 setiap Sabtu jam 9 malam,[5][6] dan berakhir pada 14 Disember 2019. Ia juga boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[7]
Promosi
suntingUntuk mempromosikan Pop Yeah Yeah, AC Mizal menghadiri Karnival Jom Heboh yang diadakan di Johor Bahru, Johor dan mengadakan persembahan bersama Kugiran Masdo menerusi lagu "Dinda" semasa persembahan kumpulan itu. Kehadirannya di karnival Jom Heboh ialah kali pertama buatnya.[8]
Rujukan
sunting- ^ "Sitkom Pop Yeah Yeah (TV3)". My Infotaip. 7 Ogos 2019. Dicapai pada 18 Januari 2020.
- ^ "Kecoh bila penyanyi era 60-an buka cafe, saksikan gelagat Jefri Dom dalam Pop Yeah Yeah di TV3". Oh Bulan!. 1 Ogos 2019. Dicapai pada 19 Januari 2020.
- ^ Rudy Imran Shamsuddin (13 Ogos 2019). "Cedok ilmu penyiaran TV3". Harian Metro. Dicapai pada 14 Januari 2020.
- ^ "#Showbiz: Just awesome, AC!" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 15 Ogos 2019. Dicapai pada 14 Januari 2020.
- ^ a b "Sitkom Pop Yeah Yeah gamat". Berita Harian. 3 Ogos 2019. Dicapai pada 19 Januari 2020 – melalui PressReader.
- ^ AC Mizal [@@datoacmizal] (1 Ogos 2019). "DAC #MrVersatile on Twitter: "Sitcom Pop Yeah Yeah TV3 Bermula 3 Ogos 2019 Malam Esok Di TV3 Jam 9 Malam!" (Twit) – melalui Twitter.
- ^ "Pop Yeah Yeah (2019): Episod Penuh". TV3. Dicapai pada 19 Januari 2020 – melalui YouTube.
- ^ "AC Mizal promosi Pop Yeah Yeah di Karnival Jom Heboh Johor Bahru". Utusan Borneo. 2 Ogos 2019. Dicapai pada 19 Januari 2020.