Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) yang dahulunya dikenali sebagai Politeknik Shah Alam ialah sebuah politeknik Malaysia yang terletak di Shah Alam, ibu negeri Selangor. Terletak di Persiaran Usahawan, Seksyen Ul, Shah Alam yang berkeluasan 112 ekar, PSA ialah politeknik yang ke-8 di Malaysia dan bermula beroperasi pada Januari 1997. PSA memulakan sesi pertamanya dengan pengambilan seramai 640 pelajar pada Julai 1997.

Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
MotoPSA : Politeknik Pilihan Utama
Pengarah terkiniDR. MOHD ZAHARI BIN ISMAIL
Timbalan Pengarah (Akademik)Ts Roseman bin Mat Jidin
Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)Ts Dr Ahmad Aftas bin Azman
LokasiPersiaran Usahawan, Seksyen U1 , Shah Alam, Selangor
Laman webhttps://psa.mypolycc.edu.my

Kedudukannya di lokasi strategik, ditambah dengan komitmen dan dedikasi warga kerjanya telah menjadikan PSA sebuah Politeknik dinamik, selari dengan kemajuan akademik dan pembangunan prasarana. Pertukaran nama Politeknik Shah Alam sempena nama Almarhum DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung ke XI yg telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 8 Mac 2002.

PSA yang sinonim dengan gelaran "Politeknik Super Active" di kalangan rakan seperjuangan telah mengorak langkah menjadi politeknik pertama mendapat persijilan MS ISO 9002:1994 dari SIRIM pada September 1999. Tahun 2002 menyaksikan kejayaan PSA membuat peralihan sistem kualiti kepada MS ISO 9001:2000. Enam jabatan akademik PSA yang terdiri daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan, Jabatan Matematik Sains & Komputer dan Jabatan Pengajian Am bersedia menawarkan kursus yang berkualiti melalui tenaga akademik profesional dan terlatih.

Pada 25 Februari 2010, PSA telah dinaiktaraf sebagai salah sebuah Politeknik Premier bersama sama dengan Politeknik Ungku Omar dan Politeknik Ibrahim Sultan. Majlis penganugerahan ini telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, iaitu Tan Sri Muhyidin Yassin di PICC Putrajaya.

Misi dan visi

sunting

Visi

PSA adalah Pusat Kecemerlangan Pendidikan Dan Latihan Yang Disegani.

Misi

Membudayakan Kerja Cemerlang Dalam Membangunkan Modal Insan.

Moto

PSA : POLITEKNIK PILIHAN UTAMA.

Dasar Kualiti

PSA komited untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada pelanggan melalui kerja berpasukan, kajian semula serta penambahbaikan berterusan.

Objektif

  • Mencapai objektif bagi enam bidang kecemerlangan yang telah ditetapkan iaitu :
  1. Kecemerlangan Akademik
  2. Kecemerlangan Staf
  3. Kecemerlangan Kemudahan
  4. Kecemerlangan Pelajar
  5. Kecemerlangan Pengurusan dan Kepimpinan
  6. Kecemerlangan Perhubungan Industri
  • Memenuhi kehendak dan harapan pelanggan dalam perkhidmatan pendidikan dan latihan yang berkualiti dalam bidang kejuruteraan dan perniagaan
  • Bersedia memberi komitmen sepenuhnya terhadap pembaharuan dan penambahbaikan berterusan dalam proses dalam pemantapan sistem kualiti
  • Bekerjasama dalam semangat berpasukan .
  • Melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

Pautan luar

sunting