Polidaktili atau hiperdaktili adalah keadaan di mana manusia dan haiwan mempunyai bilangan jari dan/atau jari kaki yang lebih banyak daripada jumlah ada secara yang sempurnanya.[1]

Gambaran umum

sunting

Lebihan ini biasanya suatu tisu lembut yang boleh dibuang, namun jarang sekali ia boleh mempunyai tulang apatah lagi sendi yang mampu menggerakkan ia. Jari ini boleh menumbuh baik dari suatu jari yang sedia ada mahupun dari dalam pergelangan tangan atau kaki.[2]

Fenomena ini boleh disebabkan suatu mutasi gen yang berlaku semasa perkembangan anak sebelum lahir. Sebanyak 97 sindrom genetik telah dikaitkan dengan pelbagai jenis polidaktili.[3]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Goldfarb, Charles (2017). "Extra Digits (Radial Polydactyly)". Washington University Orthopedics.
  2. ^ Goldfarb, Charles (2017). "Extra Digits (Radial Polydactyly)". Washington University Orthopedics.
  3. ^ "Polydactyly". Praktische Pediatrie. 2. 2009.