Pokok kuning telur

Pokok kuning telur, sawo mentega, buah susu atau mangga susu[1] (Pouteria campechiana) adalah sejenis pokok yang berasal dari wilayah Amerika Tengah dan Mexico bagian selatan.[2]

Pokok kuning telur
Sawo mentega
Mangga susu
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
P. campechiana
Nama binomial
Pouteria campechiana
Sinonim
Lucuma campechiana
Knuth

Ia menghasilkan buah yang boleh di makan dan kini di tanam di banyak negara tropika.

Botani

sunting

Pokok spesies ini berukuran sedang mampu mencapai tinggi hingga 30 meter[3] namun kebanyakan pokok spesies hanya mencapai 20 m. Batangnya berwarna kelabu tua dengan tebal 1 meter,[3] berusuk halus serta mengeluarkan sejenis getah apabila ditoreh.[4] Setiap batang ini mempunyai tangkai 5–25 cm. Daun-daun berwarna hijau berkilap terkumpul di hujung ranting berbentuk bulat telur terbalik meruncing di pangkal dan hujung memanjang agak menyerupai sudip dengan ukuran 6–25 sentimeter panjang dan 2.5–8 sm lebar.

Bunga muncul di bahagian bawah ketiak daun melalui tangkai panjang 5–12 sm, bunga-bunga pokok muncul secara tunggal atau mengelompok 5 kuntum sejambak berwarna hijau keputihan serta berbau harum.[4] Buahnya berbentuk gelendong bulat telur sampai membulat dengan hujung berparuh seberat 400 gram;[5] buah ini berkulit tipis dan licin di mana ia menguning apabila masak berwarna terang seakan kuning telur. Isi buah berwarna kuning, lembap atau agak kering menepung dengan bau harum manis samar isi buah agak berlemak seakan memakan ubi rebus atau tapai singkong atau kastad telur[5] Biji besar, coklat mengilat, bentuk bulat telur, panjangnya hingga 5 cm, 1–5 butir dalam tiap buah.[4]

Kegunaan

sunting
 
Buah dijual di tepi Kebun Binatang Ragunan, Jakarta Selatan

Buah ini biasanya dimakan segar begitu sahaja setelah masak, mahupun dicampur dengan garam dan lada serta dibubuh perahan limau atau mayones sebelum dimakan segar atau setelah dipanaskan sebentar. Isi buah kanistel juga kerap diracik kisar dimakan bersama ais krim atau susu kocak[6] malah kerap dijadikan bahan pengganti labu dalam kuih-muih, puding serta dijadikan lepa roti.[6]

Bahagian pokok lain

sunting

Kayunya yang berwarna coklat keabu-abuan hingga kemerah-merahan bertekstur halus, kuat, keras, dan berbobot sedang hingga berat; baik untuk membuat papan atau balok. Di Amerika Tengah, lateksnya disadap untuk campuran getah sawo manila, dijadikan bahan gula-gula getah.[6]

Pohon buah ini juga sering ditanam sebagai peneduh atau penghias taman.

Rujukan

sunting
  1. ^ Fadzilah Awang-Kanak; Mohd Fadzelly Abu Bakar (2018). "Canistel - Pouteria campechiana". Dalam Rodrigues, Sueli; de Oliveira Silva, Ebenezer; de Brito, Edy Sousa (penyunting). Exotic Fruits Reference Guide. Academic Press. m/s. 107–111. ISBN 978-0-12-803138-4.
  2. ^ "Pouteria campechiana". Germplasm Resources Information Network. Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Dicapai pada 29 Februari 2009. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  3. ^ a b "Pouteria campechiana Kunth (Baehni)". Flora and Fauna Web. Lembaga Taman Negara Singapura. Dicapai pada 24 Jun 2021.
  4. ^ a b c Morton, Julia F. (1997). "Pouteria campechiana (Kunth) Baehni". Dalam E.W.M. Verheij; R.E. Coronel (penyunting). Buah-buahan Yang Dapat Dimakan, siri PROSEA. Jakarta: Penerbit Gramedia Pustaka Utama. m/s. 330-332. Text "dalam" ignored (bantuan); Unknown parameter |jilid= ignored (bantuan)
  5. ^ a b Charles Boning (2006). Florida's Best Fruiting Plants: Native and Exotic Trees, Shrubs, and Vines. Sarasota, Florida: Pineapple Press, Inc. m/s. 53.
  6. ^ a b c Morton, Julia F. (1987). "Canistel". Fruits of warm climates. Miami, FL: Purdu eUniversity. m/s. 402–405.

Pautan luar

sunting