Nargis

(Dilencongkan daripada Pokok Narcissus)

Nargis (Jawi: نرݢيس), narjis (Jawi: نرجس‎), narsis atau dafodil ialah jenis bunga sebarang spesies yang tergolong dalam genus tumbuhan Narcissus famili Amaryllidaceae bertumpu awal di semenanjung Iberia[1] menyebar asal serata kawasan Mediterannean Eropah, Afrika Utara dan Asia.

Nargis / Narjis
Dafodil
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Narcissus

Subgenus, Spesies, Subspesies

Lihat teks.

Pengiraan spesies yang digolongkan dalam genus ini berbeza mengikut takrifan badan tertentu; setakat September 2014, Senarai Semakan Keluarga Tumbuhan Terpilih mendaftarkan sebanyak 52 spesies ditambahkan bersama sekurang-kurangnya 60 spesies kacukan manakala Persatuan Hortikultur Diraja British menyenaraikan 81 jenis pada Oktober tahun sama.[2]

Pengistilahan

sunting

Nargis merupakan serapan kata bahasa Parsi untuk bunga ini (نرگسnarges) sama ada dipinjam terus mahupun melalui bahasa Arab sebagai narjis نَرْجِس‎.[3][4] Kata "dafodil" pula menyerap bahasa Inggeris daffodil dari kata lama affodell pinjaman kata Asphodelus (Yunani: ἀσφόδελος, rumi: asphodelos) kerana kemiripan bunga dihasilkan antara kedua-dua genus ini.[5][6]

Nama genus menggolongkan jenis-jenis bunga ini iaitu Narcissus dipercayai berkaitan dengan kisah Narkissos ("Narcissus" bentuk bahasa Latin figura ini) dalam mitos orang Yunani Purba yang dipercayai menjelma menjadi bunga ini;[6] genus itu menurun kepada kata nama narcis dalam bahasa Belanda dipinjamkan sebagai narsis didapati di Indonesia.[7]

Botani

sunting

Batang yang tumbuh dari bebawang tumbuhan ini tunggal berongga dilapisi beberapa helai daun nipis. Pertumbuhan ini berlaku dari awal sepanjang musim bunga atau musim luruh (dalam sesetengah spesies) setelah berkembang dalam bebawang sepanjang musim panas hingga musim sejuk.[8]

Bunga yang dihasilkan dari setiap tangkai batang memunculkan enam kelopak luar mengapit suatu runjung pusat keseluruhannya berwarna putih, kuning atau kehijauan yang tumbuh menegak mahupun menunduk. Satu stigma ada pada pusat bunga dikelilingi enam stamen penuh debunga. Buah hasil senyawaan bunga ini terdiri dari suatu lenggai mengandungi banyak butir biji benih berwarna hitam[8]

Hubungan dengan manusia

sunting

Bunga ini sering dikaitkan dengan budaya orang Cina tidak sahaja sebagai perlambangan tuah dan kemakmuran dibawa musim bunga yang menandakan tahun baru diraikan masyarakat tersebut[9] malah sering disebut-sebutkan dalam cerita rakyat kaum ini.[10][11][12]

Terdapat petikan yang didakwa sebagai sabda Nabi Muhammad kononnya mengesyorkan bauan dari bunga ini, tetapi hadis bersifat daif.[13]

Risiko

sunting

Akar dan dedaun bebawang bunga-bunga nargis mengandungi bahan toksin alkaloid iaitu likorina yang boleh menyebabkan rasa loya, muntah-muntah, cirit-cirit jika tertelan bahkan masalah jantung dan saraf membawa maut jika diambil secara berlebihan; hal ini lagi diburukkan dengan kemungkinan akar bunga ini yang boleh dikelirukan dengan beberapa jenis bawang tertentu.[14]

Getah nargis turut boleh menyebabkan tindak balas alahan mendatangkan gejala gatal-gatal pada kulit yang terkena dalam individu tertentu.[15][16]

Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Mathew, B (2003-09-02). Classification of the genus Narcissus. m/s. 30–52. ISBN 9780203219355. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 January 2014. Dicapai pada 2 October 2014. In Hanks (2002)
  2. ^ "Botanical names in the genus Narcissus". Royal Horticultural Society. October 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 October 2014. Dicapai pada 2 November 2014.
  3. ^ Muhammad Bukhari Lubis (Hj.) (1990). Bunga rampai sastera Parsi. Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia. m/s. 29.
  4. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "nargis". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 607 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  5. ^ Oxford Dictionary of English (ed. ke-3). 2010.
  6. ^ a b Dweck, A. C. The folklore of Narcissus (PDF). m/s. 19–29. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 7 Oktober 2014. In Hanks (2002)
  7. ^ "narcis - (bolgewas uit de familie der Amaryllidaceae)". EtymologieBank., memetik:
    • van der Sijs, Nicoline (2010). "narcis". Nederlandse woorden wereldwijd. Den Haag: SDU Uitgevers. ISBN 9789012582148.
    • M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "narcis". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  8. ^ a b Hanks 2002, Hanks, "The biology of Narcissus", pp. 1–29.
  9. ^ Cultural China. "Narcissus". Shanghai News and Press Bureau. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 February 2015. Dicapai pada 14 October 2014.
  10. ^ Hu, William C. (1989). Narcissus, Chinese new year flower : legends and folklore. Ann Arbor, Mich.: Ars Ceramica with the Honolulu Academy of Arts. ISBN 978-0893440350.
  11. ^ Bailey, LH (1890). "Legend Of The Chinese Lily (Narcissus Orientalis)". The American Garden vol XI. The Rural Publishing Company. Dicapai pada 20 November 2014.
  12. ^ Anonymous (12 September 1946). "The legend of the Chinese lily". Gippsland Times. m/s. 10. Dicapai pada 20 November 2014.
  13. ^ "Hidulah kalian bunga dafodil (sejenis bunga)". SemakHadis. Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia. 27 Oktober 2020. Dicapai pada 25 September 2021.
  14. ^ "Pupils ill after bulb put in soup". BBC News. 3 Mei 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mei 2009. Dicapai pada 26 Oktober 2014.
  15. ^ Van Beck, John; Christman, Steve (3 Oct 2005). "Narcissus". Floridata. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 October 2014. Dicapai pada 25 October 2014.
  16. ^ "Botanical Dermatology: Occupational Plant Dermatoses". Electronic Textbook of Dermatology. The Internet Dermatology Society. 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mei 2015. Dicapai pada 17 Oktober 2014.
Sumber utama

Pautan luar

sunting