Kapur barus (pokok)
Kapur barus (atau hanya kapur; nama saintifik: Dryobalanops aromatica)[3][4] ialah tumbuhan yang terancam genting dalam keluarga Dipterocarpaceae. Spesies ini salah satu sumber penting kapur barus dan menjadi tarikan awal pedagang Arab datang ke Borneo lantaran nilainya pada ketika itu melebihi emas, dan dapat dijadikan setanggi dan minyak wangi.[2]
Kapur barus | |
---|---|
Sudur D. aromatica di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Kuala Lumpur mempamerkan keseganan silara | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Rosid |
Order: | Malvales |
Keluarga: | Dipterocarpaceae |
Genus: | Dryobalanops |
Spesies: | D. aromatica
|
Nama binomial | |
Dryobalanops aromatica | |
Sinonim | |
Ia ditemukan di Sumatera, Semenanjung Malaysia dan Borneo. Ia ialah pokok timbul besar yang melebihi 65 m[2] bahkan 75 m tinggi, yang dijumpai di hutan dipterokarpa campuran di tanah berpasir kuning dalam yang lembap. Ia ialah kayu keras berat yang dijual atas nama dagang "Kapur". Ia dicatatkan di sekurang-kurangnya di dua kawasan terlindung iaitu Taman Negara Lambir and Gunung Mulu.
Bergenin, malaysianol A, laevifonol, ampelopsin E, α-viniferin, ε-viniferin dan diptoindonesin A dapat diasingkan daripada kulit batang D. aromatica.[5] Dryobalanops aromatica ialah satu daripada beberapa spesies pokok yang terkenal memaparkan kelakuan yang dipanggil keseganan silara.
Etimologi
suntingTumbuhan ini digelar "pokok kapur barus" lantaran ketenarannya dalam pengeluaran jenis kapur tersebut. Perkataan "kapur" ini berasal daripada akar Melayu-Polinesia Purba iaitu *kapuR, merujuk pada kapur kalsium karbonat.[6] Barus pula ialah nama sebuah pelabuhan lama yang kini terletak di kota Sibolga, Sumatera Barat.[7] Pelabuhan tersebut dikatakan terkenal dengan perdagangan kapur yang diperoleh daripada pokok D. aromatica tersebut.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Barstow, M.; Randi, A. (2018). "Dryobalanops aromatica". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018: e.T61998024A173026192. doi:10.2305/IUCN.UK.2018-1.RLTS.T61998024A173026192.en. Dicapai pada 19 November 2021.
- ^ a b c Ashton, P.S. (Sep 2004). "Dryobalanops aromatica Gaertn.". Dalam Soepadmo, E.; Saw, L.G.; Chung, R.C.K. (penyunting). Tree Flora of Sabah and Sarawak. (free online from the publisher, lesser resolution scan PDF versions) (dalam bahasa Inggeris). 5. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. m/s. 129, 131. ISBN 978-983-2181-59-0. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 September 2013. Dicapai pada 11 November 2007.
- ^ "kapur II". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ "Dryobalanops aromatica CF Gaertn". Malaysia Biodiversity Information System. Dicapai pada 2022-04-17.
- ^ Wibowo, A.; Ahmat, N.; Hamzah, A.S.; Sufian, A.S.; Ismail, N.H.; Ahmad, R.; Jaafar, F. M.; Takayama, H. (2011). "Malaysianol A, a new trimer resveratrol oligomer from the stem bark of Dryobalanops aromatica". Fitoterapia (dalam bahasa Inggeris). 82 (4): 676–681. doi:10.1016/j.fitote.2011.02.006. PMID 21338657.
- ^ Robert Blust; Stephen Trussel. "*kapuR lime, calcium carbonate". Ausrtonesia Comparative Dictionary. Dicapai pada 2022-04-17.
- ^ Drakard, Jane (1989). "An Indian Ocean Port: Sources for the Earlier History of Barus". Archipel. 37: 53–82. doi:10.3406/arch.1989.2562. Dicapai pada 9 October 2015.