Hujan-hujan
Hujan-hujan, kayu trembesi, munggur, pukul lima atau sulbin (nama botani: Samanea saman)[3][4] ialah sejenis pokok dalam genus Samanea keluarga Fabaceae.[1] Ia tumbuh asli di utara Amerika Selatan dan disebarkan luas ke kawasan-kawasan tropika.[5]
Hujan-hujan | |
---|---|
Pokok hujan-hujan di Guanacaste, Costa Rica. | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | S. saman
|
Nama binomial | |
Samanea saman | |
Sinonim[1] | |
Senarai
|
Penamaan
suntingNama hujan-hujan dan pukul lima diberikan kerana daun-daun pokoknya kuncup pada waktu senja atau apabila hujan turun.[4] Nama pukul lima dipakai di Singapura dan Malaysia kerana matahari terbenam satu setengah jam selepas pukul lima petang di dua-dua tempat sebelum waktu piawai diubah pada 1 Januari 1982.[6]
Botani
suntingPokok
suntingPojok hujan-hujan tumbuh tinggi sehingga 15–25 meter dengan garis pusat batang 30 meter.[5] Dahan-dahannya mempunyai permukaan berbulu halus.[7]
Daun-daunnya kuncup pada waktu malam supaya air embun dan hujan menembusi silara pokok de dalam tanah.[8]
Bunga dan buah
suntingBunga-bunganya muncul pada musim kering selepas banyak daun pokok gugur. Satu jambak bunganya mempunyai 12 hingga 25 kuntum berwarna putih, merah jambu atau lembayung dengan ukuran 4 sentimeter panjang; kuntum-kuntum ini mengeluarkan bau agak harum.[5][4]
-
Bunga
-
Daun, buah matang, biji dan bunga
-
Putik buah
Buahnya jenis lenggai yang melengkung dengan ukuran 15-20 sm dan berkulit kasar. Isinya melekit dan manis. Biji benihnya leper dan berkilat.[7][9]
Kegunaan
suntingBuahnya yang manis dapat dijadikan makanan binatang. Pokoknya sebagai pokok teduhan serta sebagai tadahan hujan.
Penyerap CO2
suntingMenurut penyelidikan yang dilakukan di Sekolah Perhutanan Institusi Pertanian Bogor, Indonesia, pokok hujan-hujan yang matang dengan garis rentas rimbun daun 15 meter mampu menyerap 28.5 tan CO2 setahun. Pokok ini telah ditanam di bandar Kudus dan Demak dan akan juga ditanam sepanjang bahu jalan dari Semarang ke Losari.[10] Pokok biasa cuma menyerap 48 lb (22 kg) karbon dioksida setahun.[11]
Nota kaki
sunting- ^ a b c "Samanea saman (Jacq.) Merr". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 1 Mac 2022.
- ^ "Enterolobium saman". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ a b Adnan Mohamad (2003). Pokok-pokok untuk tanaman bandar. Kuala Lumpur, Malaysia: Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. m/s. 111. ISBN 983-2181-51-8.
- ^ a b c Ahmad Azaruddin Mohd Noor (4 Jun 2013). "Samanea saman: Pokok-pokok hujan-hujan berbentuk payung". Warna-Warni FRIM. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. Dicapai pada 1 Mac 2023.
- ^ a b c Staples, George W.; Elevitch, Craig R. (2006). "Samanea saman (rain tree)". Dalam Elevitch, Craig R. (penyunting). Traditional Trees of Pacific Islands: Their Culture, Environment, and Use. Holualoa, Hawaii, Amerika Syarikat: Permanent Agricultural Resources. m/s. 662–664. ISBN 978-0-9702544-5-0.
- ^ "Rain Tree". Gardens, Parks & Nature. Lembaga Taman Negara Singapura. 24 Jun 2021. Dicapai pada 3 Mac 2023.
- ^ a b Arditti, Joseph; Mak Chin On (1999). "The Golden Rain Tree". Maryland Nursery. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Jun 2013.
- ^ Whitmore, Timothy Charles (1991). Hutan hujan tropika di Timur Jauh. Kepong Baru, Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 37. ISBN 983-62-1977-3.
- ^ Allen, O. N.; Allen, Ethel K. (1981). The Leguminosae, a source book of characteristics, uses, and nodulation. Madison, Wisconsin, Amerika Syarikat: University of Wisconsin Press. m/s. 590. ISBN 978-0-299-08400-4.
- ^ Save the earth by planting Trembesi The Jakarta Post. 18 Mei 2011.
- ^ Tree Benefits Page Colorado Tree Coalition
Rujukan
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Albizia saman |
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Hujan-hujan |
- Arditti, Joseph & On, Mak Chin (2004): The Golden Rain Tree. Version of 2004-MAY-01. Retrieved 2008-MAR-31.
- International Legume Database & Information Service (ILDIS) (2005): Albizia saman. Version 10.01, November 2005. Retrieved 2008-MAR-30.
- von Humboldt, Alexander & Bonpland, Aimé (1815): Reise in die Aequinoctial-Gegenden des neuen Continents (Part 3). J.G. Cotta, Stuttgart and Tübingen. Image/PDF fulltext at Google Books