Pohiva Tuʻiʻonetoa
Pohiva Tu’i’onetoa (30 Jun 1961 – 18 Mac 2023) ialah akauntan dan ahli politik Tonga yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Tonga dari tahun 2019 hingga 2021.[1] Tu'i'onetoa menggantikan Semisi Sika, yang berkhidmat sebagai pemangku perdana menteri sejak kematian ʻAkilisi Pōhiva.[2]
Pōhiva Tu'i'onetoa | |
---|---|
Perdana Menteri Tonga ke-17 | |
Dalam jawatan 8 Oktober 2019 – 27 Disember 2021 | |
Raja | Tupou VI |
Timbalan | Sione Vuna Fa'otusia |
Didahului oleh | Semisi Sika (Pemangku Perdana Menteri) ʻAkilisi Pōhiva (Perdana Menteri) |
Digantikan oleh | Siaosi Sovaleni |
Ahli Parlimen bagi Tongatapu 10 | |
Menyandang jawatan 27 November 2014 | |
Didahului oleh | Semisi Tapueluelu |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 30 Jun 1961 Talafo’ou, Tonga |
Mati | 18 Mac 2023 |
Kewarganegaraan | Tonga |
Parti politik | Parti Rakyat |
Tempat belajar | Universiti Monash Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah |
Dilahirkan di Talafo’ou, Tu’i’onetoa lulus dari Institut Akauntan Berkanun New Zealand pada tahun 1982, dan kemudian Universiti Monash pada tahun 1993. Beliau memiliki segulung diploma dalam pengurusan kewangan dan ijazah sarjana perniagaan. Beliau juga akauntan pengurusan bertauliah.[3]
Kerjaya
suntingBeliau menyertai Perkhidmatan Awam Tonga pada Januari 1979. Beliau merupakan Penyelesai Rasmi Bahagian Perdagangan Jabatan Keadilan di Hamilton, New Zealand. Antara tahun 1983 dan 2014, beliau berkhidmat sebagai Juruaudit Tonga. Beoiau merupakan Setiausaha Peribadi kepada Raja Tāufaʻāhau Tupou IV dari 1987–1988, dan juga kerani kepada Majlis Privi semasa tempoh yang sama. Beliau tidak berjaya bertanding untuk parlimen dalam pilihan raya umum Tonga 2010.
Dalam pilihan raya 2014, beliau dipilih ke Dewan Undangan Tonga untuk mewakili kawasan pilihan raya Tongatapu 10. Dalam kerajaan ʻAkilisi Pōhiva, beliau merupakan Menteri Buruh, Perdagangan dan Industri, dan Menteri Perkhidmatan Polis, Penjara dan Bomba.[4] Pada Mac 2017, beliau dilantik Menteri Hasil dan Kastam,[5], menggantikan Tevita Lavemaau. Beliau memegang jawatan itu sehingga Januari 2018, apabila meliau dilantik Menteri Kewangan dan Perancangan Negara.[6]
Perdana Menteri Tonga
suntingPada 27 September 2019, Tu’i’onetoa dipilih perdana menteri dengan 15 undian menentang lapan undian untuk Semisi Sika, yang berkhidmat sebagai pemangku perdana menteri.[7] Ia telah diumumkan secara rasmi oleh Raja Tupou VI pada 9 Oktober 2019.[7] Beliau mengumumkan pelantikan Kabinetnya pada 10 Oktober.[8]
Rujukan
sunting- ^ "Tonga MPs choose Pohiva Tu'i'onetoa as Prime Minister". TVNZ (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-10-25.
- ^ News, Kaniva. "Tonga's caretaker PM Pōhiva sacks deputy and Finance Minister | Asia Pacific Report" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-10-25.
- ^ ""The Appointment of Hon. Dr. Pohiva Tu'i'onetoa as the New Prime Minister of Tonga"" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-10-27.
- ^ "Tonga leader names one noble in Cabinet". RNZ. 31 December 2014. Dicapai pada 15 June 2020.
- ^ "Tonga Finance Minister resigns". RNZ. 6 March 2017. Dicapai pada 16 June 2020.
- ^ "Biography" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-10-27.
- ^ a b "Parliament elects Dr Pōhiva Tu'i'onetoa as new PM". Parliament elects Dr Pōhiva Tu‘i‘onetoa as new PM. Dicapai pada 2019-10-27.
- ^ ""Prime Minister Announces New Cabinet Ministers"". Government of Tonga. 10 October 2019. Dicapai pada 15 June 2020.
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Semisi Sika |
Perdana Menteri Tonga 2019–2021 |
Pemegang jawatan kini |