Podenco Andalusia
Podenco Andalusia[a] ialah satu baka anjing pemburu sarang arnab purba Sepanyol yang digunakan untuk memburu buruan kecil di Andalusia, Sepanyol.[1][2] Ia merupakan salah satu daripada empat baka podenco yang diiktiraf oleh Real Sociedad Canina de España.[1] Ia merupakan anjing tangkas yang pada umumnya digunakan untuk memburu itik, arnab, babi hutan, dan unggas.[1][3] Terdapat tiga saiz yang diterima (kecil, sederhana, dan besar) dan tiga jenis lapis bulu (berbulu dawai, berbulu panjang, dan licin).[2][4][5]
Nama lain | Anjing pemburu sarang arnab Andalusia | ||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Sepanyol | ||||||||||||||
| |||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Sejarah
suntingSeperti sesetengah anjing pemburu penglihatan Mediterranean lain, podenco kadang-kadang didakwa diturunkan daripada anjing pemburu Mesir seperti tesem atau saluki yang ditaburkan oleh pedangang Fenikia pada abad ke-1 SM.[2] Walau bagaimanapun, hanya mulai tahun 1990 sebuah kelab baka dibentuk untuk menggalakkan perkembangan piawaian baka. Phillipe Bloque-Rentón dan rakan-rakan sekerja di fakulti perubatan veterinar Universiti Córdoba menjalankan kerja penyelidikan yang diperlukan untuk menentukan baka; kajian mereka, yang dibentangkan pada Simposium de las razas caninas españolas kedua (simpsosium baka anjing Sepanyol) pada tahun 1992, diiktiraf oleh Real Sociedad Canina de España pada April tahun itu sebagai piawaian baka pentakrif.[1] Di Sepanyol, podenco Andalusia disertakan dalam Kumpulan V - Spits dan Jenis Primitif, di bawah Seksyen 7, Jenis primitif - Anjing pemburu. Walau bagaimanapun, baka ini tidak diiktiraf sama ada oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) mahupun oleh mana-mana persatuan baka anjing antarabangsa lain, kerana jumlah besar padanan dengan piawaian podengo Portugis — hakikat yang menyebabkan keraguan tentang dakwaannya untuk dianggap sebagai baka terpisah.[6] Secara genetik, podenco Andalusia paling berkait rapat dengan grehaun Sepanyol.[7] Pada Januari 2015, ia diiktiraf oleh Verband für das Deutsche Hundewesen di Jerman.[8]
Ciri
suntingTerdapat tiga saiz – besar, sederhana, dan kecil – dan tiga jenis lapis bulu – berbulu dawai (cerdeño), berbulu panjang (sedeño), dan licin.[1][4][5][3] Gabungan faktor ini dapat menghasilkan sembilan keragaman berlainan.[2][4][9] Kebolehubahan ini mungkin merupakan hasil adaptasi terhadap mikroiklim berlainan di dalam Andalusia, termasuk pergunungan, tanah pertanian, dan rawa, serta pelbagai buruan yang disasarkan oleh pemburu.[10] Warna lapis bulu berkisar dalam lingkungan daripada putih hingga merah pekat.[5] Podenco Andalusia mempunyai ligasan sepantas derapannya.[3]
Seperti anjing pemburu sarang arnab lain, podenco ini mempunyai penglihatan, pendengaran, dan deria bau cemerlang.[2][11][3] Ia terkenal kerana gaya perburuan berkaedah, serta stamina dan daya ketahanan semasa bekerja dalam musim sejuk ringan dengan kerpasan tidak nalar dan musim panas kering, hangat, dan cerah di Andalusia.[11][3] Podenco Andalusia ialah anjing bersemangat, penyayang, dan setia kepada tuannya, tetapi berwaspada dengan orang asing.[3]
Podenco Andalusia digunakan sama ada secara tunggal, berpasangan, atau sebagai sebahagian daripada kawanan perburuan besar yang dikenali sebagai rehala. Podenco Andalusia kecil dan sederhana memburu arnab dengan salah seekor anjing yang memasuki semak berduri untuk mengusir arnab ke luar, sementara anjing lain duduk menunggu untuk menangkap arnab itu.[3] Anjing sederhana dan lebih kecil mencari-cari rusa atau babi hutan, sementara anjing lebih besar digunakan untuk menyerang mangsa.[3]
Salah satu fungsi paling tipikal bagi anjing pemburu Andalusia ialah yang dipanggil quitaor[12] yang mengiringi collera[13] grehaun Sepanyol semasa pemburuan kelinci. Kerja quitaor terdiri terutamanya daripada penggarahan kelinci ke luar dari sarang atau tempat persembunyian dan pembunuhan kelinci itu; kemudian, bersama-sama dengan grehaun itu, mengutip kelinci itu untuk pemilik. Rumah ladang di Andalusia menggunakan anjing lebih besar sebagai anjing pengawal dan anjing lebih kecil digunakan untuk membunuh rodensia.[3]
Catatan
sunting- ^ Jawi: ڤوديڠکو اندالوسيا; انجيڠ ڤمبورو سارڠ ارنب اندالوسيا ; Sepanyol: podenco andaluz ; bahasa Inggeris: Andalusian podenco; Andalusian warren hound
Rujukan
sunting- ^ a b c d e González, A.; Luque, M.; Rodero, E.; González, C.; Aguilera, R.; Jiménez, J.; Sepúlveda Becker, Néstor G.; Bravo, S.; Herrera, M. (Disember 2011). "Use of Morphometric Variables for Differentiating Spanish Hound Breeds = Uso de Variables Morfométricas para la Diferenciación de Razas de Sabueso Español" [Penggunaan Pemboleh Ubah Morfometri untuk Pembezaan Baka-baka Anjing Pemburu Sepanyol]. International Journal of Morphology (dalam bahasa Inggeris). Sociedad Chilena de Anatomía. 29 (4): 1248–1255. doi:10.4067/S0717-95022011000400030. ISSN 0717-9502. S2CID 54580584.
- ^ a b c d e Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
- ^ a b c d e f g h i "Andalusian Warren Hound RSCE Standard No. 401 (Not Accepted FCI)" [Piawaian RSCE Anjing Pemburu Sarang Arnab Andalusia No. 401 (Tidak Diterima FCI)] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Real Sociedad Canina de España. 1992.
- ^ a b c Barba Capote, Cecilio José; González Rodríguez, S.; Delgado-Bermejo, Juan Vicente; Molina Alcalá, Antonio (1998). "Estructura poblacional del Podenco Andaluz" [Struktur populasi podenco Andalusia]. Archivos de Zootecnia (dalam bahasa Sepanyol). Universiti Córdoba. 47 (178–179): 293. hdl:10396/3393. ISSN 1885-4494. S2CID 81255973.
- ^ a b c Delgado-Bermejo, Juan Vicente; Barba Capote, Cecilio José; Cardo, L. Lama (1998). "Contribución al estudio faneróptico en la raza canina Podenco Andaluz = Contribution to phaneroptical study in andalusian hound dog breed" [Sumbangan kepada kajian faneroptik pada baka podenco Andalusia = Sumbangan kepada kajian faneroptik pada baka anjing pemburu Andalusia]. Archivos de Zootecnia (dalam bahasa Sepanyol). Universiti Córdoba. 47 (178–179): 207–211. hdl:10396/3381. ISSN 1885-4494. S2CID 82515822.
- ^ "El Club Nacional del Podenco Andaluz" [Kelab Podenco Andalusia Kebangsaan]. El Club Nacional del Podenco Andaluz (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 22 Mac 2024.
- ^ Morera, L.; Barba Capote, Cecilio José; Garrido, J. J.; Barbancho, M.; de Andrés, D. F. (1 November 1999). "Brief communication. Genetic variation detected by microsatellites in five Spanish dog breeds" [Komunikasi singkat. Variasi genetik yang dikesan oleh mikrosatelit pada lima baka anjing Sepanyol]. Journal of Heredity (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 90 (6): 654–656. doi:10.1093/jhered/90.6.654. ISSN 1465-7333. PMID 10589516. S2CID 36557035.
- ^ "Der VDH erkennt vier neue Rassen national an » VDH.de" [VDH iktiraf empat baka baharu di peringkat kebangsaan]. Verband für das Deutsche Hundewesen (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 22 Mac 2024.
- ^ Fuentes García, Francisco; Aparicio Macarro, J. B.; Herrera García, M. (1985). "Estudio etnológico del perro podenco andaluz de gran talla = Ethnological study of the big andaluz podenco dog" [Kajian etnologi podenco Andalusia bersaiz besar = Kajian etnologi podenco Andalusia besar]. Archivos de Zootecnia (dalam bahasa Sepanyol). Universiti Córdoba. 34 (129): 169–182. hdl:10396/3191. ISSN 1885-4494. S2CID 83726376.
- ^ Delgado-Bermejo, Juan Vicente; Lobo, M.; Barba Capote, Cecilio José (1998). "Plan de preservación para las variedades minoritarias de la raza canina Podenco Andaluz = Preservation plan in minor ecotypes of Andalusian Hound dog breed" [Rancangan pemuliharaan untuk keragaman minoriti baka podenco Andalusia = Rancangan pemuliharaan dalam ekotip kecil baka anjing pemburu Andalusia]. Archivos de Zootecnia (dalam bahasa Sepanyol). Universiti Córdoba. 47 (178–179): 491–495. hdl:10396/3402. ISSN 1885-4494. S2CID 85912038.
- ^ a b "Spain's Andalusian Hound" [Anjing Pemburu Andalusia Sepanyol]. National Purebred Dog Day® (dalam bahasa Inggeris). 6 Mac 2022. Dicapai pada 22 Mac 2024.
- ^ Quitaor ialah perkataan dialek Andalusia yang sepadan dengan quitador bahasa Sepanyol Castilla. Anjing pemburu dengan peranan ini dilatih untuk tidak makan atau merobek mangsanya.
- ^ Menurut Diccionario de la lengua española, dalam bahasa Sepanyol Andalusia, perkataan collera ditakrifkan sebagai Pareja de ciertos animales, seperti dalam Una collera de pavos ("sepasang haiwan, seperti sepasang ayam belanda"). Dalam perburuan, pasangan tidak perlu terdiri daripada jantan dan betina, namun maksud collera biasanya berkenaan dengan pasangan mengawan.