Po Ni

(Dilencongkan daripada Po-ni)

Kerajaan Po Ni merupakan sebuah kerajaan Hindu yang terletak di negeri Brunei. Mengikut catatan Arab dan Cina, kerajaan ini wujud di muara Sungai Brunei pada awal kurun ke tujuh atau kurun ke lapan. Pada abad ke sepuluh, kerajaan ini mengadakan hubungan dagang yang rapat dengan wangsa Song dan Ming dari China dan pernah suatu masa menjadi negara ufti kepada China. Pada kurun ke 14, Po Ni jatuh ke pengaruh Majapahit dari Jawa tetapi perhubungan mereka mungkin hanya terhad kepada persahabatan melalui ufti dimana Po Ni memberi ufti iaitu air buah Pinang dari kacang pokok Pinang. Hubungan dengan China masih lagi diteruskan dan mencapai kemuncaknya apabila raja Po Ni, raja Kala melawat China pada tahun 1408 dan wafat di sana. Pada masa yang sama, laksamana Cheng Ho melawat rantau Po Ni dan mendapati terdapat ramai pedagang Cina di Po Ni. Pada tahun 1424, maharaja Hongxi mengakhiri program maritim China sekaligus menamatkan hubungan luar China dengan Po Ni.

Sejarahwan Song da juga perjumpaan arkeologi mencadangkan Po Ni dipengaruhi oleh kebudayaan Hindu yang dipindahkan dari Jawa dan Sumatra. Aksara Po Ni pula merupakan aksara Hindu. Pengaruh dari China turut didapati di Po Ni dimana syiling China telah digunakan di kerajaan ini seawal abad ke tujuh.

Lihat Juga

sunting

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.