Play Dead
"Play Dead" ialah sebuah lagu yang ditulis oleh Björk, David Arnold[1] dan Jah Wobble serta diterbitkan oleh David Arnold dan Danny Cannon[1]. Lagu ini telah dilancarkan sebagai single pada tahun 1993. Lagu ini merupakan sebuah karya "kelam" diselitkan dengan alunan alat tali yang muram dan lirik yang berkisar tentang berpura-pura lali untuk menghindari kesakitan emosi.
"Play Dead" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Björk | ||||
daripada album Debut | ||||
Dilancarkan | 11 Oktober, 1993 | |||
Format | Cakera padat, rekod vinil 12", rekod vinil 7", kaset | |||
Genre | Trip-hop, elektronika | |||
Panjang | 4:00 (Remix 7-inci Tim Simenon) / (Versi album) 4:01 (Mix orkestra Tim Simenon) 5:26 (Remix 12-inci Tim Simenon) 3:57 (Versi instrumental Tim Simenon) | |||
Syarikat | Universal Records One Little Indian | |||
Penulis | Björk David Arnold Jah Wobble | |||
Penerbit | David Arnold Danny Cannon | |||
Kronologi single Björk | ||||
| ||||
Kulit lain | ||||
Kulit keluaran 12 inci UK |
||||
sunting · sunting di Wikidata |
Lagu ini pada mulanya hanyalah sebuah lagu bukan album yang dirakam khas untuk filem The Young Americans dan dirancang untuk pelancaran single. Walau bagaimanapun, lagu ini telah dimuatkan sebagai lagu bonus dalam album Debut keluaran UK dan Jepun.
Lagu ini kemudiannya telah diadun semula oleh Tim Simenon[1]. Pada waktu pelancaran single ini, "Play Dead" merupakan lagu Björk yang paling berjaya, di mana lagu ini berjaya mencapai kedudukan ke-12 di UK.
Senarai lagu dalam single
suntingRekod vinil 7-inci UK dan Eropah serta promo 7-inci UK
sunting- "Play Dead" (Remix 7-inci Tim Simenon)
- "Play Dead" (Mix orkestra Tim Simenon)
Nota: Keluaran promo adalah untuk peti nyanyi. Dikeluarkan dalam sampul putih kosong bersama label 7-inci berwarna perak dengan lubang peti nyanyi besar (bukannya label bercetak biru).[2]
Rekod vinil 12-inci UK
sunting- "Play Dead" (Remix 12-inci Tim Simenon)
- "Play Dead" (Mix orkestra Tim Simenon)
- "Play Dead" (Remix 7-inci Tim Simenon)
- "Play Dead" (Versi instrumental Tim Simenon)
Cakera padat UK dan Australia serta promo UK
sunting- "Play Dead" (Remix 7-inci Tim Simenon)
- "Play Dead" (Mix orkestra Tim Simenon)
- "Play Dead" (Remix 12-inci Tim Simenon)
- "Play Dead" (Versi instrumental Tim Simenon)
- "End Titles/Play Dead" (Mix asli filem)
Kaset UK dan Australia
sunting- "Play Dead" (Remix 7-inci Tim Simenon)
- "Play Dead" (Mix orkestra Tim Simenon)
- "Play Dead" (Remix 7-inci Tim Simenon)
- "Play Dead" (Mix orkestra Tim Simenon)
Cakera padat Eropah dan Jepun serta promo Jepun
sunting- "Play Dead" (Remix 7-inci Tim Simenon)
- "Play Dead" (Mix orkestra Tim Simenon)
- "Play Dead" (Remix 12-inci Tim Simenon)
- "End Titles/Play Dead" (Mix asli filem)
Video muzik
suntingVideo muzik ini telah diarah oleh Danny Cannon[1]. Dalam video ini, Björk ditunjukkan sedang menyanyi di dalam sebuah bar kosong yang juga muncul dalam filem tersebut. Video ini diselit dengan babak-babak dari filem yang bermula dari babak lembut sehingga ganas.
Versi-versi lain / adunan semula
suntingLirik
suntingLirik lagu ini telah ditulis daripada kerjasama Jah Wobble, David Arnold dan Björk (di mana bahagian skor telah ditulis oleh David Arnold, bahagian bes ditulis oleh Jah Wobble; Björk telah dihubungi untuk menulis melodi dan lirik[5]).
Lirik ini, menurut Björk, telah ditulis dari pandangan watak utama dalam filem The Young Americans[6].
Ianya hanya saya cuba membayangkan apa yang dia akan beritahu kepada teman wanitanya. Sesuatu yang dia tidak cakap di dalam filem tetapi mungkin dia akan cakap kepadanya.
Kakitangan terlibat
suntingLagu
sunting- Pengkarya: Björk, David Arnold, Jah Wobble[3][7]
- Penerbitan: David Arnold, Danny Cannon[3][7]
- Penerbitan tambahan: Tim Simenon[3][7]
- Kejuruteraan adunan: Q[3][7]
- Kejuruteraan pengaturcaraan: Kerry Hopwood[3][7]
- Studi adunan: Matrix Studios[7]
Visual
suntingVersi kulit
sunting- Sebuah versi kulit telah dimuatkan ke dalam album Into keluaran istimewa oleh kugiran Finland, The Rasmus. Lagu ini juga muncul dalam keluaran mereka yang lain, seperti dalam single "Madness"[8]
- Kugiran dari Sweden, Pain telah menyanyikan semula lagu ini dan memasukkannya ke dalam album mereka, Psalms Of Extinction.[9]
- Lagu ini (tanpa lirik dan dengan pengubahsuaian struktur) telah dimasukkan ke dalam iklan Vauxhall (Opel) Vectra di UK pada tahun 1995[10].
Rujukan
sunting- ^ a b c d e f g h i j k "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-14. Dicapai pada 2009-05-23.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-02. Dicapai pada 2009-05-23.
- ^ a b c d e f g h i j k l m http://www.bjork.fr/Play-Dead,203.html?var_recherche=play%20dead
- ^ a b c d "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-02. Dicapai pada 2009-05-23.
- ^ http://www.bjork.com/facts/about/right.php?id=129
- ^ http://www.bjork.com/facts/about/right.php?id=726
- ^ a b c d e f g h i j http://www.discogs.com/Bj%C3%B6rk-And-David-Arnold-Play-Dead/release/803352
- ^ The Rasmus - Black Roses
- ^ Archaic-Magazine.com :: Psalms Of Extinction :: Pain/
- ^ YouTube - Original Vectra Advert
Pautan luar
suntingUmum
sunting- Senarai keluaran "Play Dead" Diarkibkan 2013-05-02 di Wayback Machine
- Tapak web khas "Play Dead" Diarkibkan 2012-12-14 di Wayback Machine
- Lirik lagu "Play Dead" di bjork.com
- (Perancis) "Play Dead" di www.bjork.fr
Klip video
sunting- Klip video "Play Dead" di www.bjork.fr
- Galeri video muzik Björk (perisian QuickTime diperlukan)