Planisfera Cantino
Planisfera Cantino (Portugis: planisfério de Cantino , bahasa Inggeris: Cantino planisphere ) adalah peta paling tua dilakar yang masih terselamat menunjukkan kawasan diterokai para pelayar Portugis di timur dan barat. Peta ini dinamakan sempena Alberto Cantino, seorang wakil Ercole I d'Este iaitu pembesar (duca) kerajaan Ferrara yang berhasil menyeludupkan peta ini dari Lisbon, Portugal ke Itali pada 1502 tidak lama selepas ia selesai dihasilkan pada bulan Oktober tahun tersebut.[1] Peta ini berukuran 220 x 105 sentimeter.[2] Peta ini disimpan dalam arkib Biblioteca Estense di Modena, utara Itali.
Peta ini menunjukkan adanya kerajaan-kerajaan Nusantara yang masih wujud utuh semasa peta ini dilakarkan seperti Kesultanan Melaka (ditulis sebagai Malaqua) di Semenanjung Melayu serta kerajaan-kerajaan Pasai (ditulis sebagai Çamatora) dan Pagaruyung (Manicabo) di Sumatera (Taprobana).[3]:71-73[1] Kepulauan Maluku dan kepulauan Banda turut diterangkan kepentingan masing-masing sebagai sumber rempah cengkih dan bunga pala yang bernilai tinggi didambakan empayar tersebut.[3]:73-74
Rujukan
sunting- ^ a b Thomaz, Luis Filipe F. R. (1995). "The image of the Archipelago in Portuguese cartography of the 16th and early 17th centuries". Archipel. 49: 79–124. doi:10.3406/arch.1995.3038.
- ^ Gaspar, Joaquim Alves (2012). "Blunders, Errors and Entanglements: Scrutinizing the Cantino Planisphere with a Cartometric Eye". Imago Mundi (dalam bahasa Inggeris). 64 (2): 181–200. doi:10.1080/03085694.2012.673762.
- ^ a b López, Marcos Pavo (2020). "Spices in maps. Fifth centenary of the first circumnavigation of the world". e-Perimetron. 15 (2): 57–81. ISSN 1790-3769.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Planisfera Cantino |
- "Carta del Cantino" (dalam bahasa Itali). Biblioteca Estense.
- Carta del Cantino, PDF dari sumber sama
- Carta del Cantino, Cantino planisphere image, zoomable to very high resolution, at Bibliothèque et Archives nationales du Québec. (Click on 1:1 button to get maximum resolution. Click on Image plein écran to get full-screen view.) (Perancis)