Plaintif
Plaintif (Π di dalam singkatan undang-undang), juga dikenali sebagai pihak menuntut atau pengadu, ialah pihak yang memulakan tuntutan mahkamah (juga dikenali sebagai tindakan) di sesebuah mahkamah. Dengan berbuat demikian, seorang plaintif mencari sebuah remedi undang-undang, dan jika berjaya, mahkamah akan mengeluarkan penghakiman berpihak kepada plaintif dan membuat perintah mahkamah yang sesuai (cthnya., arahan bagi ganti rugi).