Pita Pinta Asturiana

Pita Pinta Asturiana adalah satu baka ayam yang berasal daripada Sepanyol. Ia merupakan satu-satunya baka ayam yang berasal daripada prinsipaliti Asturias, yang terletak di barat laut Sepanyol.

Pita Pinta Asturiana
Status pemuliharaan
Nama lain
  • Pita Pinta[3]
  • Pinta Asturiana
Negara asalSepanyol
TaburanPrinsipaliti Asturias
Kegunaandual-guna, telur dan daging
Ciri-ciri
BeratJantan: 4–4.5 kg (8.8–9.9 lb)
 Betina: 2.7 kg (6 lb)[4]
Jenis balungsisir
Klasifikasi
APAtidak[5]
EEtidak[6]
PCGBtidak[7]
Ayam
Gallus gallus domesticus

Etimologi

sunting

Namanya berasal dari bahasa Asturia, yang mana pita bermaksud "ayam betina" dan pinta pula bermaksud "berlorek".

Sejarah

sunting

Baka ini tergolong dalam cabang ayam domestik daripada Atlantik dan berkongsi susur galur yang sama dengan baka-baka ayam lain di utara Sepanyol seperti Euskal Oiloa dari Basque Country.[4] Ekoran pengindustrian pengeluaran telur di Asturias pada tahun 1950an dan 1960an, jumlah populasinya jatuh dengan mendadak, hingga hampir pupus. Pemulihan baka ini bermula pada tahun 1980 hingga 1990.[8] Sebuah persatuan pembiak baka, Asociación de Criadores de la Pita Pinta Asturiana, telah ditubuhkan pada tahun 2003; di mana dianggotai seramai 52 ahli dengan jumlah ayam sebanyak 1842 ekor.[9] Sebuah buku telah diterbitkan pada tahun 2005; pada penghujung tahun 2013, sejumlah 2172 ekor ayam telah direkodkan.[10]

Ciri-ciri

sunting

Pita Pinta mempunyai badan kompak dan berat sederhana; berat ayam jantan sekitar 4–4.5 kg, manakala ayam betina sekitar 2.5–3 kg.[8] Balungnya bersisir dengan 5 hingga 7 titik, di mana balung pada ayam betina lebih kecil berbanding ayam betina. Cuping telinganya selalu berwarna merah dengan mata berwarna oren. Kulitnya bewarna kuning manakala paruh dan kakinya berwarna kuning dengan bintik hitam. Terdapat empat variati warna iaitu: Pinta Negra (lorek hitam); Pinta Roxa (lorek merah-perang); Blanca (putih); dan Abedul (hitam).[8] Bagi variati Pinta Negra bulunya berwarna hitam, dengan hujung berwarna putih, menyebabkan ianya kelihatan seperti berbelak-belak.[4]

Saiz cincinnya adalah 20 mm (0.8 in) untuk ayam jantan dan 18 mm (0.7 in) untuk ayam betina.[8]

Kegunaan

sunting

Pita Pinta adalah satu baka ayam yang baik, selalu bertelur, lasak dan bertindak balas dengan alam sekitar. Telurnya berwarna krim hangus, bertekstur lembut, dan seberat 60–65 g (kira-kira 2 auns).[4][8]

Rujukan

sunting
  1. ^ Barbara Rischkowsky, Dafydd Pilling (editors) (2007). List of breeds documented in the Global Databank for Animal Genetic Resources, annex to The State of the World's Animal Genetic Resources for Food and Agriculture. Rome: Commission on Genetic Resources for Food and Agriculture, Food and Agriculture Organization of the United Nations. ISBN 9789251057629. Archived 23 June 2020.
  2. ^ Breed data sheet: Pita Pinta / Spain (Chicken). Domestic Animal Diversity Information System of the Food and Agriculture Organization of the United Nations. Accessed June 2021.
  3. ^ Breed data sheet: Pita Pinta/Spain. Domestic Animal Diversity Information System of the Food and Agriculture Organization of the United Nations. Accessed August 2014.
  4. ^ a b c d Miguel Fernández Rodríguez, Mariano Gómez Fernández, Juan Vicente Delgado Bermejo, Silvia Adán Belmonte, Miguel Jiménez Cabras (eds.) (2009). Guía de campo de las razas autóctonas españolas (in Spanish). Madrid: Ministerio de Medio Ambiente y Medio Rural y Marino. ISBN 9788449109461. p. 677–680.
  5. ^ APA Recognized Breeds and Varieties: As of January 1, 2012. American Poultry Association. Archived 4 November 2017.
  6. ^ Liste des races et variétés homologuée dans les pays EE (28.04.2013). Entente Européenne d’Aviculture et de Cuniculture. Archived 16 June 2013.
  7. ^ Breed Classification. Poultry Club of Great Britain. Archived 12 June 2018.
  8. ^ a b c d e Reglamentación específica del libro genealógico de la raza aviar “Pita Pinta”: Título I. Descripción de la raza de gallina Pinta Asturiana (in Spanish). Annex to: Resolución de 22 de marzo de 2012, de la Consejería de Agroganadería y Recursos Autóctonos, por la que se aprueba el Reglamento del Libro Genealógico, el Programa de Mejora y el Programa de Difusión de la raza aviar Pita Pinta. Boletín Oficial del Principado de Asturias 93 1/32, 23 April 2012.
  9. ^ La Pita Pinta Asturiana (in Spanish). Asociación de Criadores de la Pita Pinta Asturiana. Accessed August 2014.
  10. ^ Raza aviar PITA PINTA: Datos Censales (in Spanish). Ministerio de Agricultura, Alimentación y Medio Ambiente. Accessed August 2014.

Further reading

sunting

Pautan luar

sunting