Pipit kedidi kuning barat

spesies burung

Pipit kedidi kuning barat (Motacilla flava) ialah spesies burung kicau kecil dalam keluarga pipit kedidi, Motacillidae, yang termasuk apit-apit dan longclaw.

Pipit kedidi kuning barat
Pipit kedidi kepala biru dewasa (M. f. flava)
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Keluarga: Motacillidae
Genus: Motacilla
Spesies:
M. flava
Nama binomial
Motacilla flava
Subspesies

Sekitar 15-20, namun lihat teks

Julat M. flava     Pembiakan      Penempatan      Laluan      Bukan pembiakan
Sinonim

Motacilla tschutschensis (namun lihat teks)

Spesies ini membiak di kebanyakan kawasan serdahana di Eropah dan Asia, dan bertapak di Amerika Utara di Alaska. Ia menduduki kawasan yang lebih serdahana di julatnya, seperti Eropah timur, tetapi populasi ke utara dan timur merupakan burung migrasi ke Afrika dan Asia Selatan. Populasi di Beringia menghabiskan musim sejuk jauh ke bawah di pesisiran Pasifik.

Anak pipit kedidi kepala biru (M. f. flava)

Individu terasing hadir di tempat musim sejuk ketika tempoh migrasi. Sebagai contoh, di Palau Mikronesia, kawanan migrasi spesies ini muncul – kelihatannya pipit kedidi kuning barat Laut Bering, dan termasuk banyak burung dewasa – sering dilihat, sementara lebih jauh ke utara di Mariana, hanya beberapa individual sesat – biasanya burung betina atau anak muda – kadangkala dilihat.[2]

Pipit kedidi kuning barat adalah kurus sepanjang 15–16 cm, dengan ciri-ciri ekor panjang, sentiasa bergoyang sebagaimana kesemua genusnya. Ia memiliki ekor terpendek di kalangan pipit kedidi Eropah. Pipit kedidi kuning barat jantan membiak biasanya memiliki warna zaitun di atas dan kuning di bawah. Pada yang lain, warna kuning mungkin pudar dengan putih. Kepala si jantan membiak memiliki pelbagai warna bergantung kepada subspesies.

Bunyinya bercirikan jeet nyaring.[3]

Makanan

sunting

Pipit kedidi kuning barat pemakan serangga ini menduduki kawasan berhampiran dengan air, seperti padang bergenang.

Pembiakan

sunting
 
Cuculus canorus canorus + Motacilla flava

Ia bersarang di celah rumput, bertelur antara 4-8 telur serangkap.

Sistematik

sunting

Sistematik dan filogeni spesies ini amat mengelirukan. Hampir berdozen subspesies telah digambarkan pada satu-satu masa, dan kini antara 15–20 dianggap sahih masa kini bergantung kepada siapa yang melakukannya. Selain itu, pipit kedidi kepala kuning (M. citreola) membentuk kompleks spesies kriptik dengan burung ini;[4] kededua takson yang biasanya dihadkan merupakan parafiletik sesama sendiri. Populasi di kawasan Beringia kadangkala diasingkan sebagai pipit kedidi kuning timur (M. tschutschensis).

Habitat

sunting

Ia mendiami kawasan hutan belukar.

Rujukan

sunting
  1. ^ BirdLife International (2019). "Motacilla flava". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2019: e.T103822349A155602678. doi:10.2305/IUCN.UK.2019-3.RLTS.T103822349A155602678.en. Dicapai pada 12 November 2021.
  2. ^ Wiles et al. (2000), VanderWerf et al. (2006)
  3. ^ Wiles et al. (2000)
  4. ^ Voelker (2002)

Pautan luar

sunting


Senarai burung  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z