Piper Alpha adalah sebuah pelantar pengeluaran minyak terletak di Laut Utara yang dioperasikan oleh Occidental Petroleum (Caledonia) Ltd.[1] Pelantar ini mula mengeluarkan minyak pada tahun 1976,[2] pertama kalinya sebagai sebuah pelantar minyak sebelum ditukarkan menjadi pelantar gas. Satu letupan berlaku yang mengakibatkan kebakaran dan memusnahkan pelantar ini pada 6 Julai, 1988, membunuh 167 orang,[3] dengan hanya 59 orang terselamat. Kiraan kematian termasuk 2 orang anak kapal dari kapal penyelamat.[4] Jumlah kerugian adalah sekitar £1.7 bilion (AS$ 3.4 bilion). Sehingga kini, kemalangan ini masih menjadi malapetaka pelantar luar pantai terburuk di dunia dari segi jumlah kematian dan kesan ke atas industri.[5] Pada masa berlakunya kejadian ini, Piper Alpha menyumbang sekitar 10% daripada jumlah keseluruhan minyak dan gas dari Laut Utara.

Sebuah gereka kecil telah didedikasikan bagi mengingati mangsa-mangsa dalam kejadian ini di Aberdeen dan sebuah arca peringatan juga terdapat di Taman Ros, Taman Hazlehead di Aberdeen. Tiga puluh mayat tidak dapat ditemui.

Rujukan

sunting
  1. ^ OPCAL’s share 36.5%, Texaco’s share 23.5%, Union Texas Petroleum’s share 20%, and Thomson’s share 20%. CAPLAN, section 1.2
  2. ^ by the end of 1976 and Claymore by the end of 1977, CAPLAN 1.2
  3. ^ http://flickr.com/photos/84214100@N00/2643251484/
  4. ^ http://scotlandonsunday.scotsman.com/spectrum/The-night-the-sea-caught.4184800.jp
  5. ^ Steven Duff (2008-06-06). "Remembering Piper Alpha disaster". BBC News. Dicapai pada 2009-07-25.

Pautan luar

sunting

Koordinat: 58°27′35″N 0°15′04″E / 58.45972°N 0.25111°E / 58.45972; 0.25111