Pinjal anjing
Pinjal anjing (Ctenocephalides canis) ialah satu spesies pinjal yang hidup sebagai ektoparasit pada pelbagai mamalia, terutamanya anjing dan kucing bela jinak. Ia hampir-hampir menyerupai pinjal kucing, Ctenophalides felis, yang boleh hidup pada lebih pelbagai haiwan dan pada amnya lebih prevalen di seluruh dunia.[1]
Pinjal anjing | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | C. canis
|
Nama binomial | |
Ctenocephalides canis |
Pinjal anjing menyusahkan kerana ia boleh merebakkan Dipylidium caninum.
Sungguhpun ia memakan darah anjing dan kucing, ia kadang-kadang menggigit manusia. Ia boleh hidup tanpa makanan selama beberapa bulan, tetapi betina mesti memakan darah sebelum ia boleh menghasilkan telur. Ia boleh melahirkan kira-kira 4000 biji telur pada bulu perumah.[2] Telur-telurnya melalui empat kitaran kehidupan: embrio, larva, pupa, dan imago (dewasa).[3] Keseluruhan kitaran kehidupan ini daripada telur sehingga dewasa memakan masa dari dua hingga tiga minggu, tetapi ini bergantung pada suhu. Masanya mungkin lebih panjang dalam keadaan sejuk.[4]
Rujukan
sunting- ^ Pedro Marcos Linardi and Juliana Lúcia Costa Santos (Oktober–Disember 2012). "Ctenocephalides felis felis vs. Ctenocephalides canis (Siphonaptera: Pulicidae): some issues in correctly identifying these species". Revista Brasileira de Parasitologia Veterinária. 21 (4): 345. doi:10.1590/S1984-29612012000400002.
- ^ "Dog flea (Ctenocephalides canis)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-03. Dicapai pada 30 April 2010.
- ^ "Dog Fleas". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-14. Dicapai pada 30 April 2010.
- ^ "Order Siphonaptera - Fleas". Dicapai pada 30 April 2010.Penggunaan pautan luar rencana ini kemungkinan tidak mematuhi polisi kandungan Wikipedia atau panduan. Sila perbaiki rencana ini dengan mengalihkan pautan yang keterlaluan atau tidak sesuai. (November 2010)