Pilihan raya negeri Pahang 2022 di Tioman
Pilihan raya negeri Pahang 2022 di Tioman ialah pilihan raya bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi Tioman pada 2022. Hari pengundian diadakan pada 7 Disember 2022.[1]
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Perkembangan
suntingTioman ialah salah satu kawasan pilihan raya negeri di Pahang. Bagi penggal 2018-2023, ia telah dibubarkan serentak dengan seluruh negeri Pahang pada 14 Oktober 2022 bagi menjalankan pilihan raya negeri.[2] Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah menetapkan hari penamaan calon berlangsung pada 5 November, manakala hari mengundi pada 19 November 2022.[3]
Pada awalnya, pilihan raya bagi memilih ADN Tioman ini dijadualkan berlangsung serentak dengan kawasan pilihan raya negeri Pahang yang lain. Lima orang calon telah mengemukakan pencalonan pada hari penamaan calon.[4]
Berikut ialah calon mengikut nombor kertas undi:[4]
No. | Calon | Parti | |
---|---|---|---|
Parti bertanding | Parti calon | ||
1 | Sulaiman Bakar | Bebas | |
2 | Osman A. Bakar | Parti Pejuang Tanah Air | |
3 | Md Yunus Ramli | Perikatan Nasional | PAS |
4 | Mohd Fadzli Mohd Ramly | Pakatan Harapan | AMANAH |
5 | Datuk Seri Mohd Johari Hussain | Barisan Nasional | UMNO |
Walau bagaimanapun, calon dari Perikatan Nasional telah meninggal dunia pada 3.30 pagi, hari mengundi 19 November 2022 di Hospital Rompin, Pahang akibat komplikasi jantung.[5]
SPR telah menangguhkan proses pengundian bagi Tioman yang sepatutnya berlangsung pada hari tersebut.[6] Selepas bermesyuarat, SPR menetapkan hari baharu bagi penamaan calon ialah pada 24 November, dan hari mengundi pada 7 Disember 2022.[7]
Pada hari penamaan calon, lima orang disahkan bertanding dengan calon dari Perikatan Nasional mengemukakan pencalonan baharu. Calon dari Barisan Nasional, Pejuang dan Bebas, serta wakil calon dari Pakatan Harapan turut hadir pada hari penamaan calon untuk membuat undian bagi menentukan susunan nama pada kertas undi.[8]
Berikut ialah calon mengikut nombor kertas undi:[9]
No. | Nama pada kertas undi | Parti | |
---|---|---|---|
Parti bertanding | Parti calon | ||
1 | Idayu Hashim | Perikatan Nasional | PAS |
2 | Cikgu Osman Bakar | Parti Pejuang Tanah Air | |
3 | Mohd Fadzli bin Mohd Ramly | Pakatan Harapan | AMANAH |
4 | Dato’ Sri Haji Mohd Johari | Barisan Nasional | UMNO |
5 | Sulaiman bin Bakar | Bebas |
Keputusan
suntingPilihan raya negeri Pahang 2022 di Tioman telah menyaksikan kemenangan penyandang dari Barisan Nasional dengan majoriti 573 undi. Mohd Johari Hussain menang dengan perolehan 8,080 undi, menewaskan Nor Idayu Hashim dari Perikatan Nasional memperolehi 7,507 undi, Mohd Fadzli Mohd Ramly dari Pakatan Harapan memperoleh 784 undi, Osman Bakar dari Parti Pejuang mendapat 79 undi, dan Sulaiman Bakar, calon Bebas mendapat 58 undi.[10]
Parti | Calon | Undian | % | ||
---|---|---|---|---|---|
BN | Mohd Johari Hussain | 8,080 | 48.95 | ||
PN | Nor Idayu Hashim | 7,507 | 45.47 | ||
PH | Mohd Fadzli Mohd Ramly | 784 | 4.75 | ||
PEJUANG | Osman Bakar | 79 | 0.48 | ||
Bebas | Sulaiman Bakar | 58 | 0.35 | ||
Jumlah undi sah | 16,508 | 100.00 | |||
Kertas undi ditolak | 91 | ||||
Kertas undi tidak dikembalikan | 22 | ||||
Keluar mengundi | 16,621 | 58.39 | |||
Pengundi berdaftar | 28,465 | ||||
Majoriti | 573 | ||||
BN kekal | Peralihan | ||||
Sumber |
Rujukan
sunting- ^ Roslan, Suraya (2022-11-19). "PRU-15 Dun Tioman ditetapkan 7 Disember - SPR". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-27.
- ^ ZULKIFLI, NORHAFIZAN (2022-10-14). "Pahang bubar DUN". Kosmo Digital. Dicapai pada 2024-09-27.
- ^ Salleh, Syahirah (2022-10-20). "PRU15: Mengundi 19 Nov, penamaan calon 5 Nov". Harakahdaily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-27.
- ^ a b "SENARAI CALON DUN PRU15". BH. 5 November 2022.
- ^ "Al-fatihah… Calon PN DUN Tioman meninggal dunia - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2022-11-19. Dicapai pada 2024-09-27.
- ^ Haque, Ekhwan Haque Fazlul (2022-11-19). "PRU-15: Pengundian Dun Tioman ditangguhkan". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-27.
- ^ "Tioman polling on Dec 7, nomination on Nov 24". MalaysiaNow (dalam bahasa Inggeris). 2022-11-19. Dicapai pada 2024-09-27.
- ^ "Perlawanan lima penjuru di kerusi DUN Tioman | Suara Merdeka" (dalam bahasa Inggeris). 2022-11-24. Dicapai pada 2024-09-27.
- ^ "Kenyataan Media Urusan Penamaan Calon Pilihan Raya Umum Ke-15 Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.017 Padang Serai dan Dewan Negeri N.42 Tioman, Pahang" (PDF). SPR. 24 November 2022.
- ^ Editor, Post Oleh : Jr. "BN menang tipis 573 undi di DUN Tioman, sebagai penyadang kerusi ini bukan berita baik". 1Media.My. Dicapai pada 2024-09-27.CS1 maint: extra text: authors list (link)
- ^ "Warta Kerajaan Persekutuan - Keputusan Pilihan Raya Yang Dipertandingkan Dan Penyata Pengundian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi Bahagian Pilihan Raya Negeri Bagi Pahang" (PDF). Jabatan Peguam Negara. 2022-12-14. Dicapai pada 2024-05-13.CS1 maint: date and year (link)