Pilihan raya kecil Sungai Limau 2013
Pilihan raya kecil Sungai Limau 2013 diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi N20 Sungai Limau Dewan Undangan Negeri Kedah pada 4 November 2013.[1]. Hari pencalonan ialah 23 Oktober 2013. Kerusi DUN Sungai Limau menjadi kosong selepas kematian bekas Menteri Besar Kedah iaitu wakil rakyatnya Azizan Abdul Razak pada 26 September 2013 akibat komplikasi jantung.[2].Tan Sri Azizan merupakan seorang wakil rakyat dari Parti Islam Se-Malaysia dan Menteri Besar Kedah yang pertama dari PAS.
Pada 21 Oktober, Barisan Nasional telah membuat pengumuman bahawa Dr Ahmad Sohaimi Lazim, seorang pensyarah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dinamakan sebagai calon Barisan Nasional [3]manakala PAS menamakan Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Samad sebagai calon dari parti PAS.[4]. Pilihan raya ini telah melihat sebagai satu bentuk referendum terhadap Menteri Besar Kedah terkini dari Barisan Nasional, Mukhriz Mahathir yang baru-baru ini gagal dalam usahanya untuk dipilih sebagai naib presiden UMNO dalam pemilihan UMNO pada 19 Oktober 2013.[5][6][7]
Pilihan raya tersebut telah dimenangi oleh Mohd Azam Samad dengan majoriti kecil sebanyak 1,084 undi.[8]
Keputusan
suntingPAS berjaya mengekalkan kerusi ini.[9][10]
Parti | Calon | Undian | % | ±% | |
---|---|---|---|---|---|
Pakatan Rakyat | Mohd Azam Samad | 12,069 | 52.35 | ▼3.05 | |
BN | Ahmad Sohaimi Lazim | 10,985 | 47.65 | ▲3.81 | |
Undian rosak | 195 | 0.84 | ▼0.60 | ||
Majoriti | 1,084 | 4.60 | ▼6.95 | ||
Peratusan mengundi | 23,249 | 85.41 | ▼3.81 | ||
Pakatan Rakyat kekal | Peralihan | ▼3.43 |
Rujukan
sunting- ^ "Sungai Limau by-election on November 4". The Malaysian Insider. 3 Oktober 2013.
- ^ "Former Kedah MB Azizan dies". The Malaysian Insider. 26 September 2013.
- ^ "Lecturer named BN candidate for Sungai Limau by-election". The Star. 21 Oktober 2013.
- ^ "PAS names Jerai youth chief as Sg. Limau by-election candidate". ABN News. 21 Oktober 2013.
- ^ http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/test-for-mukhriz-as-sungai-limau-heads-to-polls
- ^ http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/sungai-limau-polls-a-baptism-of-fire-for-mukhriz-mahathir
- ^ http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/sungai-limau-a-litmus-test-for-both-pas-and-umno
- ^ "Barisan Nasional fails to win Sungai Limau, PAS majority reduced". The Malaysian Insider. November 4, 2013.
- ^ "PAS kekal di Sungai Limau, majoriti merosot". 2013-11-4. Dicapai pada 4 November 2013. Unknown parameter
|news=
ignored (|newspaper=
suggested) (bantuan); Check date values in:|date=
(bantuan) - ^ Fazallah Pit (4 Nov 2013). "PAS pertahan kerusi DUN Sungai Limau walaupun majoriti merosot". Media Selangorku. Dicapai pada 4 November 2013.