Piezoelektrik
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Rencana ini perlu dikembangkan untuk memenuhi kriteria sebagai rencana Wikipedia. Bantulah untuk mengembangkan rencana ini. Jika tidak dikembangkan, rencana ini akan dihapus. |
Piezoelektrik merupakan bahan aktif yang berupaya mengeluarkan voltan dan arus sendiri apabila dirangsang oleh satu tenaga yang berbentuk fizikal. Bahan yang digunakan di dalam penderia ini ialah kuartza. Walau bagaimanapun, ‘piezoelektrik buatan’ yang mengandungi bahan titanate seramik adalah terdiri daripada serbuk-serbuk halus dibawah tekanan yang menjadikannya satu bahan yang mempunyai medan elektrik arus terus yang kuat manakala piezoelektrik hablur digunakan sebagai satu cara untuk mengukur tenaga.
Prinsip kendalian
suntingBahan binaan piezoelektrik terdiri daripada bahan yang menghasilkan cas-cas elektrikapabil terkena daya atau tekanan. Beban hablur atau kristal akan mengeluarkan daya gerak elektrik. Kristal ini akan diapit di antara tapak dan plet yang mengalami sejumlah daya bila tekanan dari bahagian atas kristal dan ianya akan tertekan dan mengeluarkan daya gerak elektrik pada punca keluaran 1 dan 2. Pengeluaran daya gerak elektrik pada punca keluaran 1 dan 2 adalah berkadar terus dengan kekuatan tekanan.
Kegunaan
suntingPiezoelektrik digunakan untuk mengukur perubahan tekanan, getaran dan bunyi. Juga sebagai meter pecutan frekuensi tinggi kerana ia mempunyai tindakbalas frekuensi yang baik. Biasanya ia digunakan di dalam sistem penguat.